- Lain-lain
Dialog Datuk Bandar Dunia Buka Tirai di Harbin

Dialog Datuk Bandar Dunia telah dibuka secara rasmi di bandar Harbin, provinsi Heilongjiang pada Selasa.
Program itu menghimpunkan datuk bandar, timbalan datuk bandar serta wakil bandar dari pelbagai negara termasuk Kanada, Finland, Jerman, Greece, Korea Selatan, Thailand, Turkiye dan China.
Para peserta yang hadir telah mengadakan pertukaran pandangan secara mendalam mengenai pengalaman dan amalan dalam membangunkan ekonomi ais dan salji, termasuk inovasi industri, pengurusan bandar dan pembangunan mampan.

Program bertemakan "Ais dan Salji Menghubungkan Dunia, Kerjasama Mewujudkan Masa Depan Menang-Menang" itu menjadikan Harbin yang dijuluki sebagai "Bandar Ais", sebagai platform untuk mempamerkan pengalaman dan amalan China dalam pembangunan industri ais dan salji kepada masyarakat antarabangsa melalui lawatan lapangan dan dialog.
Sepanjang acara, para tetamu dibawa ke Harbin Ice and Snow World, Central Street Harbin yang berusia lebih satu abad, serta Harbin Institute of Technology Aerospace Museum, untuk mengetahui pembangunan Harbin dalam aspek pembangunan mampan ekonomi ais dan salji, pemerkasaan teknologi dalam industri ais dan salji dan pengukuhan identiti "Ais dan Salji".
- Pertandingan Ukiran Ais Buka Tirai di Harbin
- Pelancong Kerumuni Central Street di Harbin
- Harbin Dinobatkan sebagai "Bandar Pelancongan Ais dan Salji Dunia"
- “Snowman” Gergasi Tersergam di Taman Muzik Qunli, Harbin
- Taman Tema Ais, Salji Terbesar Dunia Bakal Buka di Harbin
- Perarakan Penguin Gamit Pengunjung
- Ekspo Sun Island ke-38 Lancar “Mr. Snowman”
- Pengalaman Nanjing, Tumpuan Wakil Dialog Datuk Bandar Sedunia
- Dialog Datuk Bandar Sedunia Buka Tirai di Nanjing
- Kedinginan Musim Panas di Harbin Tarik Pelancong Datang Bercuti




