Taman Tema Ais, Salji Terbesar Dunia Bakal Buka di Harbin

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 15 Disember 2025
Taman Tema Ais, Salji Terbesar Dunia Bakal Buka di Harbin
Taman tema ais dan salji terbesar dunia, iaitu edisi ke-27 Dunia Ais-Salji Harbin, akan dibuka kepada orang ramai pada 17 Disember di “kota ais” Harbin, ibu provinsi Heilongjiang, timur laut China.

Taman tema ais dan salji terbesar dunia, iaitu edisi ke-27 Dunia Ais-Salji Harbin, akan dibuka kepada orang ramai pada 17 Disember di “kota ais” Harbin, ibu provinsi Heilongjiang, timur laut China.

Kali ini bertemakan “Ais dan Salji, Alam Cerita Pari-pari”, taman tersebut mencatat rekod dengan liputan 1.2 juta meter persegi, menggunakan 400,000 meter padu ais dan salji.

Antara tarikannya termasuk tiga kawasan landskap utama, perarakan bertema secara besar-besaran, pentas terbuka, dan sebuah kemudahan serba baharu seluas 5,000 meter persegi yang dilengkapi sokongan udara. Dari segi teknologi, tapak acara menggabungkan elemen-elemen seperti pencahayaan pintar dan interaksi AI.

Jadual acara juga pastinya menghangatkan suasana biarpun dalam kedinginan musim sejuk, dengan penganjuran majlis pembukaan Festival Ais dan Salji Antarabangsa Harbin, pertandingan arca ais antarabangsa, perlawanan bola sepak salji dan hoki ais, serta konsert Malam Tahun Baharu.

Tiket boleh dibeli lebih awal melalui akaun rasmi WeChat Dunia Ais-Salji Harbin dan lain-lain saluran atas talian seperti Meituan dan Alipay. Dari 17 hingga 23 Disember, pengunjung boleh menikmati harga promosi 298 yuan untuk tiket dewasa. Harga tiket standard ialah 328 yuan.

Selain Dunia Ais-Salji, Harbin turut mempromosikan dua lagi destinasi musim sejuk: Ekspo Salji Sun Island yang seluas 1.5 juta meter persegi serta Karnival Ais dan Salji sepanjang Sungai Songhua yang beku, masing-masing menjanjikan sekitar 260 arca salji dan 60 projek hiburan bertemakan ais dan salji.

Video

Berita Berkaitan