Dialog Datuk Bandar Sedunia Buka Tirai di Nanjing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 20 November 2025

Dialog Datuk Bandar Sedunia membuka tirai dengan rasminya di Nanjing, provinsi Jiangsu, pada 19 November.

Datuk bandar dan para perwakilan dari 10 negara termasuk Brunei, Mesir, Jerman, Itali dan China hadir untuk berkongsi pengalaman berkaitan tadbir urus bandar, meneroka trend pembangunan bandar pada masa depan, dan menyumbang idea untuk menggalakkan pembangunan mampan bandar-bandar pinggir air merata dunia.

Empat tema utama menjadi fokus dialog, iaitu kelestarian bandar pinggir air, perlindungan warisan budaya pinggir air, pemuliharaan dan transformasi hijau ekologi pinggir air, serta aspek kesusasteraan. Para hadirin akan mengkaji pencapaian China dalam modenisasi bandar, di samping berkongsi pengalaman tadbir urus membabitkan bidang-bidang seperti perlindungan warisan budaya, pembangunan ekologi hijau dan pembinaan bandar pintar.

Diadakan di bawah panduan Jabatan Penerangan Dewan Negara, Dialog Datuk Bandar Sedunia merupakan platform penting bagi pertukaran dan kerjasama global. Sejak September 2024, dialog tersebut telah diadakan dengan jayanya di bandar-bandar seperti Hangzhou, Nanning, Shanghai, Tianjin dan Qingdao, dengan tujuan mempertingkat rasa saling percaya, memperkukuh ikatan persahabatan, memperdalam interaksi saling belajar, dan memperkasakan kerjasama di peringkat global.

Video

Berita Berkaitan