- Lain-lain
China, Sri Lanka Ikrar Perdalam Perkongsian Kerjasama Strategik

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Sri Lanka, Vijitha Herath pada Isnin ketika singgah di negara itu dalam perjalanan pulang dari lawatan ke Afrika.
Dalam pertemuan itu, Wang berkata China bersedia meningkatkan pertukaran pengalaman tadbir urus negara dengan Sri Lanka, memperluas kolaborasi dalam pelbagai bidang, memperdalam perkongsian kerjasama strategik serta bersinergi membina komuniti berkongsi nasib sesama negara.
Menurut beliau, berdepan dunia yang semakin tidak menentu, China akan teguh mempertahankan hak dan kepentingan sah negara-negara membangun khususnya negara bersaiz kecil dan sederhana.
Ujarnya China komited bekerjasama dengan negara yang sehaluan untuk menentang kebangkitan 'undang-undang rimba' serta semua bentuk politik kuasa dan amalan buli, di samping bersama-sama mempertahankan multilateralisme dan keadilan antarabangsa.
Sementara itu, Herath berkata Sri Lanka bersedia merapatkan pertukaran peringkat tinggi dengan China, memperkasa kerjasama dalam bidang infrastruktur, maritim, pelancongan dan sosiobudaya, sekali gus melonjakkan perkongsian kerjasama strategik kedua-dua negara ke tahap baharu.
- China Hantar Bekalan Bantu Mangsa Banjir di Sri Lanka
- China, Sri Lanka Komited Jaga Kepentingan Bersama Negara Selatan Global
- Kerjasama China-Sri Lanka Tertumpu kepada Bidang Baharu
- Kain Baju Sekolah Sumbangan China Diserahkan kepada Sri Lanka
- Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Sri Lanka
- Xi Ditemui Perdana Menteri Sri Lanka
- Bandar Pelabuhan Colombo penting bagi transformasi ekonomi Sri Lanka




