China, Kanada Rakan Saling Menghormati, Mempercayai, Berkolaborasi dan Membangun Bersama

(CRI)Isnin 19 Januari 2026

Perdana Menteri Kanada, Mark Carney telah mengadakan lawatan rasmi ke China dari 14 hingga 17 Januari. Kunjungan beliau kali ini telah meraih penilaian positif di peringkat antarabangsa.

Ini merupakan lawatan pertama Perdana Menteri Kanada ke China dalam tempoh lapan tahun.

Presiden China Xi Jinping dalam pertemuan dengan Carney menekankan bahawa kedua-dua pihak harus menjadi rakan kongsi yang saling menghormati, mempercayai dan berkolaborasi, serta membangun bersama. Kenyataan beliau tersebut sekali gus menggariskan hala tuju strategik untuk hubungan kedua-dua negara pada masa akan datang.

Kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan bersama pemimpin, bersetuju untuk memperkasakan hubungan perkongsian strategik baharu China-Kanada, mendorong kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ekonomi makro, ekonomi dan perdagangan, tenaga, kewangan, dan pertukaran rakyat-ke-rakyat, serta menandatangani lapan dokumen kerjasama untuk mengukuhkan momentum pemulihan hubungan China-Kanada.

Penganalisis berpendapat bahawa Kanada menunjukkan sisi yang bebas, rasional dan pragmatik dalam hubungan luarnya dengan China. Hasil lawatan Carney ke China serta pembaikpulihan hubungan kedua-dua negara akan membawa lebih banyak tenaga positif kepada dunia yang mendepani situasi tidak menentu.

Rasa saling mempercayai politik adalah teras, manakala kerjasama adalah penggerak daripada hubungan dua hala. Pada masa ini, China merupakan rakan dagang kedua terbesar bagi Kanada.

Sebagai negara berpengaruh di arena antarabangsa, China dan Kanada merupakan pemelihara multilateralisme dan perdagangan bebas, serta berkongsi pendirian sama dalam pelbagai urusan antarabangsa.

Sudah pasti bahawa kolaborasi kedua-dua negara ini akan menyuntik lebih banyak unsur kestabilan kepada dunia, serta mendorong tadbir urus global menuju ke arah lebih adil dan rasional.

Video

Berita Berkaitan