Lebih 6,000 Syarikat AI di China pada 2025

(CRI)Rabu 21 Januari 2026

China muncul sebagai antara peneraju dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI) apabila jumlah syarikat AI melebihi 6,000 buah di seluruh negara pada 2025 dengan skala industri mencecah 1.2 trilion yuan (RM699 bilion).

Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara pada Rabu.

Selain itu, syarikat China juga berjaya melancarkan pelbagai produk cip AI dengan kuasa pengkomputeran mencapai 1590 EFLOPS.

Model besar yang dibangunkan syarikat domestik turut menggalakkan ekosistem sumber terbuka di peringkat global.

Video

Berita Berkaitan