AI+e-Sukan Corakkan Tatamain Baharu Masa Depan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 26 November 2025
AI+e-Sukan Corakkan Tatamain Baharu Masa Depan
Tapak acara. Foto oleh Liu Luyao

Susulan tamatnya pusingan akhir Pertandingan Aplikasi Inovasi AI+e-Sukan 2025 pada 24 November lalu, sekumpulan projek yang menggabungkan inovasi teknologi dan potensi pasaran menjadi tumpuan.

Projek-projek ini meliputi bidang seperti pembangunan pintar sektor e-sukan, operasi acara berbantu AI, pengalaman realiti maya, dan pengurusan kesihatan e-sukan, yang masing-masingnya menonjolkan potensi tak terhingga perkembangan “AI+e-sukan” secara bersepadu.

Pertandingan yang berlangsung di Nanning, Guangxi, mengumpulkan 24 pasukan unggul dari China dan negara-negara ASEAN untuk beradu kepakaran di pentas yang sama, sekali gus menyerlahkan pelbagai pencapaian inovatif dipacu AI dalam industri e-sukan.

Peserta memperkenalkan projek masing-masing. Foto oleh Liu Luyao
Penyampaian Anugerah Teknologi kepada peserta. Foto oleh Wei Huan, People's Daily Online

Video

Berita Berkaitan