China Mahu Majukan Jaringan Pengangkutan Menjelang 2030

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 20 November 2025

Sebuah monorel tanpa pemandu sedang beroperasi di Wuhu, Provinsi Anhui. (Foto oleh Tao Haijin)

Sebuah monorel tanpa pemandu sedang beroperasi di Wuhu, Provinsi Anhui. (Foto oleh Tao Haijin)

China kini sedang mempercepat penyepaduan kecerdasan buatan (AI) ke dalam sektor pengangkutannya, dengan sasaran untuk mewujudkan jaringan pengangkutan kebangsaan yang pelbagai dimensi, bersepadu dan pintar menjelang 2030.

Baru-baru ini, garis panduan yang dikeluarkan kerajaan telah membentangkan 16 tugas bersasar di serata empat bidang strategik termasuk pengaplikasian berasaskan senario dan inovasi teknologi, dalam usaha untuk menambah baik mobiliti, meningkatkan keselamatan dan mengurangkan impak alam sekitar.

Garis panduan tersebut menekankan tentang kebergantungan diri dalam teknologi teras dan menetapkan peta hala tuju untuk memastikan infrastruktur pengangkutan China tersenarai dalam kalangan yang termaju di dunia menjelang penghujung dekad ini.

Difahamkan, strateginya tertumpu kepada penemuan baharu dalam teknologi AI gunaan, inovasi dalam produk pengangkutan pintar, dan pembangunan model AI besar yang disesuaikan buat sistem pengangkutan komprehensif.

Wang Yunpeng, ahli akademik di Akademi Kejuruteraan China merangkap presiden Universiti Beihang berkata bahawa, usaha memperkukuh bekalan teknologi kunci adalah penting dalam membina rantaian inovasi penuh, iaitu daripada penyelidikan dan pembangunan kepada penggunaan amali.

Kemajuan dalam model pengangkutan besar sedang dilaksanakan. Perikatan Industri dan Model Asas Pengangkutan yang dilancarkan di bawah panduan Kementerian Pengangkutan telah menghimpun lebih daripada 50 perusahaan terkemuka, syarikat AI, institusi penyelidikan dan universiti, sekali gus mengenal pasti 860 senario pengaplikasian AI tipikal.

Sebuah model sistem pengangkutan pintar dipaparkan oleh Syarikat China Communications Construction Company semasa Pameran Antarabangsa tentang teknologi pengangkutan dan peralatan pada 3 Julai 2025. (Foto oleh Guo Junfeng)

Sebuah model sistem pengangkutan pintar dipaparkan oleh Syarikat China Communications Construction Company semasa Pameran Antarabangsa tentang teknologi pengangkutan dan peralatan pada 3 Julai 2025. (Foto oleh Guo Junfeng)

Di peringkat perusahaan, Kumpulan Logistik China telah memperkenalkan model besar yang berkhidmat dalam lebih 40 senario spesifik, termasuk pengangkutan pelbagai mod dan penjadualan gudang.

Sebuah ‘hab pintar’ yang dibina di atas model pengangkutan besar yang dibangunkan oleh firma teknologi China, Baidu, kini digunakan di lebih 10 bandar, seterusnya menyediakan perkhidmatan untuk lebih 1 juta kenderaan yang dilengkapi dengan sistem pemanduan bantuan pemandu L2.

“Kawasan demonstrasi di seluruh negara sedang menggunakan penyelesaian berasaskan model besar dalam bidang seperti pemantauan rangkaian jalan raya dan amaran awal, pengurusan aktif koridor trafik tinggi dan perkhidmatan mobiliti bersepadu,” kata wakil dari Kementerian Pengangkutan China.

Dengan meningkatkan kapasiti di sepanjang laluan pengangkutan utama dan melaksanakan model pengurusan trafik berbilang peringkat yang diperhalusi, koridor demonstrasi ini telah mencapai peningkatan kira-kira 20 peratus dalam kecekapan trafik, dan peningkatan 30 peratus dalam kecekapan tindak balas kecemasan semasa peristiwa yang di luar jangkaan.

Didayakan oleh analitik data raya dan pemodelan ketepatan tinggi, AI sedang mewujudkan asas digital yang mantap untuk infrastruktur pengangkutan China.

Menurut statistik, 20 wilayah demonstrasi yang ditetapkan untuk transformasi digital infrastruktur lebuh raya dan laluan air kini merangkumi lebih daripada 60,000 kilometer koridor yang dinaik taraf, iaitu terdiri daripada kira-kira 54,000 kilometer lebuh raya dan 7,500 kilometer laluan air.

Senario pengaplikasian yang pelbagai adalah penting untuk mendorong penyepaduan mendalam AI ke dalam sektor pengangkutan. Garis panduan yang baru dikeluarkan itu telah mengenal pasti senario pengaplikasian pintar di dalam tujuh bidang utama termasuk pemanduan terbantu, laluan kereta api pintar, dan penghantaran pintar, yang kesemuanya direka untuk mempercepat inovasi menerusi pelaksanaan dunia sebenar.

Di laluan air, China kini mempunyai 52 terminal automatik. Sistem operasi pintar yang dibangunkan secara domestik itu melaksanakan lebih daripada 12 terminal. Sebuah bas pandu sendiri beroperasi di Guiyang, Proinsi Guizhou, barat daya China. (Foto oleh Jia Zhi)

 Sebuah bas pandu sendiri beroperasi di Guiyang, Proinsi Guizhou, barat daya China. (Foto oleh Jia Zhi)

Di laluan air, China kini mempunyai 52 terminal automatik. Sistem operasi pintar yang dibangunkan secara domestik itu melaksanakan lebih daripada 12 terminal.Kemajuan yang turut selari telah mentransformasi mengubah jaringan Jalan China.

Pemanduan Tanpa Pemandu Didi dengan kerjasama pembuat kereta Cina, GAC Aion, telah membangunkan generasi baharu kenderaan pandu autonomi yang dipasang di kilang. Ketika pemanduan autonomi bertemu dengan kerjasama kenderaan-jalan raya, semakin banyak ‘kenderaan pintar’ beralih kepada "’alan pintar’, mempercepatkan evolusi mobiliti pintar.

Video

Berita Berkaitan