Takkan Guna Kekerasan Rampas Greenland: Trump

(CRI)Khamis 22 Januari 2026

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi mencari alasan untuk mendapatkan Greenland, dengan mendakwa ia adalah demi kepentingan keselamatan negaranya.

Beliau membuat kenyataan itu semasa menyampaikan ucapan pada mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland pada Rabu.

Trump juga berkata beliau tidak akan menggunakan kekerasan untuk merampas wilayah autonomi Denmark itu, sebaliknya mahukan rundingan mengenai 'pembelian' Greenland dimulakan serta-merta.

Pada hari sama, selepas bertemu Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Mark Rutte, Trump dalam hantaran media sosial berkata beliau dan Rutte telah menggariskan rangka perjanjian berkaitan masa depan Greenland serta seluruh kawasan Artik.

Beliau turut memaklumkan akan membatalkan tarif tambahan ke atas lapan negara Eropah yang sebelum ini dijadual berkuat kuasa mulai 1 Februari.

Video

Berita Berkaitan