Trump, Maduro Adakan Perbualan Telefon Bincang Isu Penutupan Ruang Udara Venezuela

(CRI)Isnin 01 Disember 2025

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan beliau telah mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Venezuela, Nicolás Maduro pada Ahad.

Trump mendakwa bahawa AS tidak menganggap Venezuela sebagai "negara bersahabat".

Beliau juga menjelaskan bahawa kenyataannya mengenai penutupan ruang udara Venezuela, tidak bermaksud bahawa serangan udara akan dilakukan dalam masa terdekat.

Laporan sebelum ini ada menyebut bahawa Trump secara langsung mengancam Maduro dalam panggilan telefon tersebut, dengan menyatakan bahawa sekiranya Maduro enggan berundur, maka AS mungkin akan mempertimbangkan tindakan lain, termasuk penggunaan kekerasan.

Sejak mutakhir ini, AS telah menempatkan kapal perang di kawasan perairan Laut Carribean berhampiran Venezuela dengan alasan untuk "memerangi jenayah dadah" yang secara tidak langsung memberi tekanan kepada Venezuela.

Pada masa sama, Venezuela juga sebelum ini telah beberapa kali mengutuk tindakan AS yang disifatkan sebagai percubaan untuk menukar rejim di Venezuela menggunakan ancaman ketenteraan selain memperluaskan ketenteraan di Amerika Latin.

Video

Berita Berkaitan