Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Finland

(CRI)Selasa 27 Januari 2026

Presiden China, Xi Jinping menerima kunjungan Perdana Menteri Finland, Petteri Orpo di Beijing pada Selasa.

Orpo kini sedang dalam rangka lawatan rasmi selama empat hari ke China.

Dalam pertemuan tersebut, Xi menekankan bahawa kedua-dua negara perlu memperkukuhkah kerjasama saling menguntungkan, mewujudkan lebih banyak kerjasama dalam bidang transformasi penggunaan sumber tenaga, ekonomi kitar semula, industri pertanian dan kehutanan, inovasi sains serta teknologi.

Beliau berkata, China turut mengalu-alukan lebih banyak syarikat Finland untuk meneroka pasaran negara ini demi meningkatkan daya saing global.

Menurut Xi, China dan Eropah adalah rakan dan bukannya lawan, justeru beliau berharap Finland boleh memainkan peranan bagi mendorong kesaling hubungan China-Eropah.

Sementara itu Petteri Orpo pula berkata, pihaknya bersedia bersama-sama China untuk melaksanakan hasil yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, merapatkan pertukaran peringkat tinggi, meningkatkan kerjasama pragmatik dalam bidang perdagangan, pelaburan, ekonomi digital, sumber tenaga bersih dan pertanian sehingga membawa manfaat bagi rakyat kedua-dua negara.

Katanya lagi, Finland juga bersedia untuk memainkan peranan yang positif dalam menangani perselisihan perdagangan dan mendorong perkembangan hubungan yang sihat antara Eropah dengan China.

Video

Berita Berkaitan