"Teater Panda" sempena Musim Tayangan Program China Dilancarkan di Malaysia

(CRI)Isnin 08 Disember 2025

Majlis pelancaran "Teater Panda" sempena musim tayangan program bertema China telah diadakan di sini pada Sabtu, diserikan dengan kehadiran lebih seratus wakil daripada jabatan kerajaan, institusi kebudayaan dan industri kesenian dan perfileman kedua-dua negara Malaysia dan China.

Dalam majlis tersebut, para tetamu bersama-sama melancarkan musim tayangan program bertema China, yang merupakan siri aktiviti pertama yang merangkumi program-program yang sudah dialih suara dalam bahasa Melayu yang akan disiarkan secara berterusan melalui saluran televisyen berbahasa Melayu di bawah kumpulan Astro sehingga perayaan Tahun Baharu Cina 2026.

Rancangan untuk penyiaran berkenaan melibatkan drama televisyen "Flourished Peony" dan "Romance in the Alley", dokumentari"Master Class" dan "Nostalgia in Mind" serta animasi "Mooboo Cops". Pelbagai program filem dan televisyen China yang berdurasi 100 jam lebih dijangka akan menyajikan hidangan visual dan audio kebudayaan yang menarik kepada penonton tempatan.

Unutk rekod, "Teater Panda" disiarkan secara rasmi bermula tahun 2021, berdasarkan hubungan kerjasama dengan media arus perdana tempatan di lebih 20 buah negara dan kawasan seperti Rusia, Perancis, Afrika Selatan, India dan Asia Tengah, dengan capaian penonton melebihi 130 juta orang di seberang laut.

Video

Berita Berkaitan