- Lain-lain
Pangkalan Panda Gergasi Baharu Mula Operasi Percubaan di Chengdu
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 06 November 2025
![]() |
| Seekor panda gergasi sedang menikmati buluh selepas berpindah ke pangkalan Mianyang di Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan China untuk Panda Gergasi di Provinsi Sichuan pada 4 November 2025. (Xinhua) |
Setelah melalui fasa pembinaan selama tiga tahun, pangkalan Mianyang di Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan untuk Panda Gergasi memulakan operasi percubaannya pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.
Difahamkan, 13 ekor panda dari pangkalan Wolong Shenshuping dan Dujiangyan di Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan untuk Panda Gergasi telah dipindahkan ke rumah baharu yang dirasmikan di pangkalan Miayang pada hari sama.
Pangkalan panda gergasi Mianyang yang meliputi kawasan seluas 120 hektar itu terletak di sebuah taman ekologi di Bandar Mianyang. Untuk rekod, pangkalan itu mempunyai lebih daripada 50 set kurungan panda dengan persekitaran yang cantik serta memenuhi keperluan pembiakan panda gergasi.
![]() |
| Foto pemandangan sudut udara yang diambil pada Oktober 2025 ini memperlihatkan pangkalan Mianyang di Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan untuk Panda Gergasi di Provinsi Sichuan, barat daya China. (Xinhua) |
![]() |
| Foto bertarikh 4 November 2025 ini memperlihatkan bahagian dalam di pangkalan Mianyang di Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan untuk Panda Gergasi di Provinsi Sichuan, barat daya China. (Xinhua) |
![]() |
| Seorang penjaga sedang memberi makan kepada seekor panda di pangkalan Mianyang di Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan untuk Panda Gergasi di Provinsi Sichuan, barat daya China pada 4 November 2025. (Xinhua) |
![]() |
| Foto bertarikh 4 November 2025 ini menunjukkan pemandangan pangkalan Mianyang di Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan untuk Panda Gergasi di Provinsi Sichuan, barat daya China. (Xinhua/Xu Bingjie) |
- Sichuan Pergiat Pembangunan Taman Negara Panda Gergasi
- Panda Huan Huan dan Yuan Zai di Perancis akan Pulang ke China
- Atlet Serata Dunia Terokai Keunikan di Rumah Panda Gergasi
- Jalan-jalan Chengdu: Bandar Tuan Rumah TWG 2025
- TWG 2025: Metro Chengdu Terima Kad Pembayaran Luar Negara
- Chengdu Bina Tapak Pertandingan Faustball Profesional Pertama China
- Demam TWG 2025 Turut Dirasai di Halaman Xicun
- Menjejak “Elemen Chengdu” di Kedai Rasmi TWG2025
- Berbasikal Keliling Chengdu Pada Malam Pertengahan Musim Panas
- ‘Shubao’, ‘Jinzi Jemput Anda ke Chengdu, Tonton Sukan Dunia 2025!
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang









