China Seru Gencatan Senjata Menyeluruh dan Berpanjangan di Gaza

(CRI)Khamis 29 Januari 2026

Wakil Tetap China di PBB, Fu Cong dalam perbahasan terbuka mengenai isu Asia Barat anjuran Majlis Keselamatan PBB semalam menyeru agar mendorong gencatan senjatan yang menyeluruh dan berpanjangan di Gaza.

Fu berkata, Israel perlu segera menghentikan kegiatan di tapak penempatan dan menyekat keganasan daripada dilaku di tapak-tapak terbabit.

Menurut Fu, China mendesak Israel untuk mengamalkan kewajipannya di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, membuka semua pintu sempadan, menghapuskan sekatan terhadap akses bantuan kemanusiaan serta menghentikan penindasan terhadap agensi bantuan kemanusiaan.

Fu menegaskan bahawa China akan terus menyokong status Palestin sebagai peneraju dalam pentadbiran pasca peperangan di Gaza. Sementara itu, Majlis Keselamatan PBB sepatutnya terus memberikan perhatian terhadap situasi semasa dan landskap pasca peperangan di Gaza di samping terus memainkan peranan yang sewajarnya.

Video

Berita Berkaitan