Gencatan Senjata Hamas-Israel Diuji, Gaza Kembali Bermandi Darah

(CRI)Isnin 20 Oktober 2025

Pertempuran singkat tercetus semula di Semenanjung Gaza pada Ahad, apabila tentera Israel melancarkan serangan udara dan tembakan artileri ke kawasan Rafah di selatan Gaza, dengan alasan bahawa Hamas telah melanggar perjanjian gencatan senjata.

Tentera Israel mendakwa tindakan tersebut sebagai serangan balas dan kemudian mengumumkan bahawa gencatan senjata telah disambung semula.

Hamas bagaimanapun menafikan tuduhan Israel tersebut.

Dalam pada itu, jabatan pertahanan awam di Gaza mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 45 orang terkorban akibat serangan tersebut.

Laporan oleh Reuters pula menyifatkan serangan Israel tersebut sebagai ujian terbesar terhadap perjanjian gencatan senjata sejak ia dikuatkuasakan.

Video

Berita Berkaitan