Presiden Xi Ucap Tahniah kepada Perhimpunan PBB Memperingati Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin

(CRI)Rabu 26 November 2025

Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah kepada perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Memperingati Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin, pada Selasa.

Xi dalam perutusan itu menyatakan, isu Palestin ialah teras bagi krisis Asia Barat, dan ia berkait rapat dengan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa serta kestabilan serantau.

Beliau menekankan bahawa pada masa ini, masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan konsensus dan mengambil langkah lebih proaktif untuk memastikan gencatan senjata diwujudkan secara komprehensif di Gaza untuk jangka masa panjang selain mengelakkan peperangan daripada berulang lagi.

Xi berkata, pentadbiran dan pembinaan semula pasca perang harus dilaksanakan berdasarkan prinsip "Palestin ditadbir oleh rakyat Palestin". Di samping itu, keinginan rakyat Palestin perlu dihormati, kebimbangan munasabah negara-negara serantau juga perlu dipertimbangkan.

Selain itu, menurut Xi, usaha harus diperkasakan untuk membaiki situasi kemanusiaan di Gaza, mengurangkan kesengsaraan rakyat tempatan.

Beliau menegaskan bahawa yang paling penting adalah Penyelesaian Dua Negara mesti dilaksanakan demi mempromosikan penyelesaian isu Palestin melalui saluran politik secepat mungkin.

Xi menyatakan, sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, China secara teguh menyokong perjuangan adil rakyat Palestin dalam memulihkan hak-hak bangsa yang sah. China akan bersama masyarakat antarabangsa untuk mendorong penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh, adil dan berkekalan.

Video

Berita Berkaitan