- Lain-lain
Penguatkuasaan Gencatan Senjata Berkekalan Misi Utama di Gaza - Wakil China di PBB
Penguatkuasaan gencatan senjata yang berkekalan merupakan misi utama di Semenanjung Gaza, kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong pada sesi terbuka Majlis Keselamatan mengenai isu Palestin-Israel pada Isnin.
Fu berkata, China menyambut baik pencapaian perjanjian gencatan senjata fasa pertama di Gaza.
"China menyeru pelbagai pihak berkaitan, terutamanya Israel, untuk mematuhi sepenuhnya tuntutan dalam perjanjian gencatan senjata tersebut bagi mewujudkan gencatan senjata yang menyeluruh dan berkekalan.
"China mendesak Israel menunaikan komitmennya terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, membuka semua pusat rentas sempadan, membatalkan sekatan terhadap akses kemanusiaan, dan memastikan institusi kemanusiaan termasuk Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat menjalankan bantuan," kata Fu.
Fu juga menambah, Israel perlu menghentikan aktiviti di pusat-pusat penempatan, mengawal penduduknya dari melakukan keganasan di pusat-pusat tersebut, dan menghentikan pemusnahan menyasar asas pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin.
"Masyarakat antarabangsa perlu berusaha lebih gigih untuk mendorong pelaksanaan 'penyelesaian dua negara', menentang sebarang tindakan unilateral yang menjejaskan asas penyelesaian itu, dan menyokong Palestin mewujudkan kemerdekaan dan menjadi anggota rasmi PBB dengan secepat mungkin," katanya.
- Terdapat 4 Kekurangan dalam Resolusi UNSC Mengenai Gaza - Wakil China di PBB
- UNSC Kutuk Serangan terhadap Qatar
- AS Sekali Lagi Guna Kuasa Veto Halang Resolusi Isu Gaza
- China Teguh Sokong Perjuangan Rakyat Palestin
- Hamas Tuntut Gencatan Senjata, Bebaskan Separah Tebusan dalam Surat kepada Trump
- Duta China Gesa Konflik di Gaza Ditamatkan Serta Merta
- 66,000 Maut, Hampir 170,000 Cedera di Gaza
- Guterres Gesa Tindakan Permusuhan di Gaza Dihentikan Serta-merta
- PBB Umum Pelan Bantuan 60 Hari untuk Gaza
- Perjanjian Gencatan Senjata di Gaza Petanda Permulaan “Penyelesaian Dua Negara”
- 20 Maut dalam Serangan Israel di Gaza
- Duta China Gesa Tamatkan Tragedi di Gaza Serta-merta
- Kapal Terakhir Misi GSF Dipintas Israel
- Delegasi Hamas Tiba di Mesir
- Rundingan dengan Israel Capai Kemajuan Positif: Hamas
- Hamas, Israel Bincang Perunduran Tentera dan Pembebasan Tebusan
- Wang Yi Hurai Pendirian China mengenai Gencatan Senjata Gaza Fasa Pertama
- Gencatan Senjata Hamas-Israel Diuji, Gaza Kembali Bermandi Darah
- China Gesa Pastikan Keselamatan dan Kestabilan Dipulih di Gaza
- Israel Lancar Serangan Baharu ke Gaza




