- Lain-lain
Terdapat 4 Kekurangan dalam Resolusi UNSC Mengenai Gaza - Wakil China di PBB
Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong menyuarakan rasa bimbang yang mendalam terhadap kekurangan yang wujud dalam satu resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang diluluskan melalui pengundian di New York pada Isnin.
Fu berkata, China menyokong UNSC mengambil semua tindakan yang diperlukan untuk menggalakkan gencatan senjata yang berkekalan di Semenanjung Gaza. Namun, resolusi yang berkaitan dengan gerak kerja pasca-perang di Gaza itu kekurangan pendirian yang jelas mengenai banyak isu yang penting, gagal mencerminkan prinsip asas 'kemandirian dalam pentadbiran Palestin' dan tidak menegaskan komitmen teguh terhadap pelaksanaan "Penyelesaian Dua Negara".
Selain itu, resolusi itu tidak memastikan penyertaan berkesan PBB dan Majlis Keselamatan, dan ia bukan hasil perundingan yang mencukupi di kalangan anggota UNSC.
Fu berkata, China membuang undi berkecuali terhadap draf resolusi tersebut setelah mempertimbangkan situasi yang kritikal dan mendesak di Gaza, keperluan untuk mengekalkan gencatan senjata serta pendirian Palestin dan negara-negara serantau.
Untuk rekod, UNSC pada Isnin meluluskan Resolusi No. 2803 yang digubal oleh Amerika Syarikat (AS) dengan 13 undi menyokong, 0 menentang, dan 2 undi berkecuali untuk mengesahkan "Pelan 20 Perkara” yang dicadangkan oleh AS yang bertujuan menoktahkan konflik di Gaza.
- Israel Lancar Serangan Baharu ke Gaza
- China Gesa Pastikan Keselamatan dan Kestabilan Dipulih di Gaza
- Gencatan Senjata Hamas-Israel Diuji, Gaza Kembali Bermandi Darah
- Perjanjian Gencatan Senjata di Gaza Petanda Permulaan “Penyelesaian Dua Negara”
- Wang Yi Hurai Pendirian China mengenai Gencatan Senjata Gaza Fasa Pertama
- PBB Umum Pelan Bantuan 60 Hari untuk Gaza
- Guterres Gesa Tindakan Permusuhan di Gaza Dihentikan Serta-merta
- 66,000 Maut, Hampir 170,000 Cedera di Gaza
- Duta China Gesa Konflik di Gaza Ditamatkan Serta Merta
- AS Sekali Lagi Guna Kuasa Veto Halang Resolusi Isu Gaza




