China Gesa Pastikan Keselamatan dan Kestabilan Dipulih di Gaza

(CRI)Jumaat 24 Oktober 2025

China menggesa agar semua pihak terlibat mematuhi sepenuhnya perjanjian gencatan senjata serta memastikan keselamatan dan kestabilan dipulihkan di Gaza.

Gesaan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong ketika menghadiri sesi perdebatan terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Asia Barat pada Khamis.

Fu berkata Gaza adalah tanah air rakyat Palestin, bukan cip tawar-menawar dalam politik antarabangsa.

Menurut beliau, sebarang aturan berkaitan masa depan Gaza perlu dibuat berdasarkan prinsip 'rakyat Palestin mentadbir Palestin' serta menghormati kehendak rakyat Palestin, selaras konsensus dicapai masyarakat antarabangsa.

Fu turut menegaskan bahawa Israel mesti menghentikan aktiviti penempatan Yahudi di Tebing Barat serta tindakan merosakkan asas tadbir urus Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa bergabung tenaga untuk menentang sebarang tindakan sepihak yang menjejaskan asas pelaksanaan 'penyelesaian dua negara', serta menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka dan keanggotaan penuh Palestin dalam PBB seawal mungkin.

Video

Berita Berkaitan