- Lain-lain
Lawatan PM Britain ke China Amat Berhasil
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengadakan lawatan rasmi ke China pada 28 hingga 31 Januari. Ini lawatan kali pertama perdana menteri Britain dalam tempoh lapan tahun.
Sempena lawatan Starmer kali ini, kedua-dua pihak China dan Britain telah mencapai banyak hasil dan persetujuan yang menggalakkan.
Kedua-dua pihak komited untuk mengekalkan hubungan perkongsian strategik komprehensif yang mantap untuk jangka masa panjang, di samping bersetuju untuk membina hubungan rakan iklim dan alam peringkat tinggi China-Britain.
Sementara itu, kedua-dua negara memutuskan untuk menyambungkan semula dialog keselamatan peringkat tinggi, serta mengadakan dialog strategik, dialog ekonomi dan kewangan, serta dialog mesyuarat jawatankuasa bersama ekonomi dan perdagangan pusingan baharu pada tahun ini.
China dan Britain bersetuju secara prinsip untuk memulihkan pertukaran lawatan antara badan legislatif kedua-dua negara. China mengalu-alukan anggota parlimen Britain melawat ke China untuk mengetahui keadaan sebenar di negara ini.
Selain itu, mesyuarat jawatankuasa usahawan China-Britain akan diadakan, bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
Sempena lawatan Starmer ke China kali ini, kedua-dua pihak juga menandatangani pelbagai dokumen kerjasama melibatkan sektor kewangan, kesihatan, komunikasi, pendidikan dan lain-lain.
Selain itu, pemimpin kedua-dua negara telah menyaksikan penandatanganan 12 dokumen kerjasama antara kerajaan dalam bidang ekonomi, perdagangan, pertanian, makanan, kebudayaan, penyeliaan pasaran, kerjasama penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya.
- Li Qiang Hadir Majlis Penutup Tirai Sidang Jawatankuasa Usahawan China-Britain
- China, Britain Komited Perkasakan Perkongsian Strategik Komprehensif
- China, Britain Komited Kekalkan Hubungan Dua Hala yang Stabil untuk Jangka Masa Panjang
- China, Britain Ikrar Perkasa Kerjasama Ekonomi
- China dan Britain Komited Tegakkan Sistem Perdagangan Multilateral
- HSBC Diharap Terus Rintis Pasaran China - Han Zheng
- Wang Yi Bertemu PM Britain di London
- Pilihan Tepat bagi China, Britain Perbanyak Dialog dan Kerjasama - Wang Yi
- Wang Yi Lawat UK dan Ireland, Hadir MSC
- Pencapaian tentang 69 Perkara dalam Dialog Ekonomi dan Kewangan China-Britain ke-11




