- Lain-lain
China, Britain Ikrar Perkukuh Pertukaran dan Dialog Pelbagai Bidang

Perdana Menteri Negara, Li Qiang mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Britain, Keir Starmer yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Khamis.
Dalam pertemuan tersebut, Li menyatakan kesediaan China untuk bekerjasama dengan Britain bagi memperbaiki mekanisme dialog antara kerajaan kedua-dua negara, dan menjalankan pertukaran di pelbagai peringkat dan sektor dengan lebih kerap.
Li berkata kedua-dua negara perlu memanfaatkan peningkatan keserasian dalam sektor perindustrian, memperdalam kolaborasi dalam industri baru muncul seperti kecerdasan buatan (AI), pembuatan canggih, tenaga bersih, ekonomi digital, dan perkhidmatan pengangkutan maritim moden.
Ujarnya, kerajaan China komited untuk menawarkan persekitaran kondusif bagi syarikat-syarikat dari pelbagai negara termasuk Britain untuk melabur di China.
Beliau juga berharap agar Britain dapat menyediakan persekitaran perniagaan yang adil, telus, dan tanpa diskriminasi bagi perusahaan China yang melabur di negara itu.
Sementara itu Starmer menyatakan, Britain bersedia memperkukuh pertukaran dan dialog di peringkat tinggi serta dalam pelbagai bidang dengan China, menyokong perdagangan terbuka dan bebas, sambil mengalu-alukan syarikat China untuk melabur dan bekerjasama di Britain.
Beliau berkata, negaranya ingin memperkuat penyelarasan multilateral dengan China, dan bersama-sama mendepani cabaran global.
- Li Qiang Hadir Majlis Penutup Tirai Sidang Jawatankuasa Usahawan China-Britain
- China, Britain Komited Perkasakan Perkongsian Strategik Komprehensif
- China, Britain Komited Kekalkan Hubungan Dua Hala yang Stabil untuk Jangka Masa Panjang
- China, Britain Ikrar Perkasa Kerjasama Ekonomi
- China dan Britain Komited Tegakkan Sistem Perdagangan Multilateral
- HSBC Diharap Terus Rintis Pasaran China - Han Zheng
- Wang Yi Bertemu PM Britain di London
- Pilihan Tepat bagi China, Britain Perbanyak Dialog dan Kerjasama - Wang Yi
- Wang Yi Lawat UK dan Ireland, Hadir MSC
- Pencapaian tentang 69 Perkara dalam Dialog Ekonomi dan Kewangan China-Britain ke-11




