- Lain-lain
China, Bulgaria Saling Memahami dan Makmur Bersama - Presiden Iotova

Kekukuhan hubungan China-Bulgaria membuktikan dua negara saling memahami dan boleh mewujudkan kemakmuran bersama, kata Presiden Bulgarian Iliana Iotova.
Tahun 2025 menandakan ulang tahun ke-76 hubungan diplomatik antara China dengan Bulgaria.
Iotova menyatakan China dan Bulgaria mempunyai banyak inisiatif bersama dalam bidang ekonomi, infrastruktur, program komersial, pelaburan serta pendidikan dan kebudayaan.
"Kami sangat gembira melihat hubungan kedua-dua negara semakin diperdalam, dan menantikan lebih banyak syarikat China melabur dan mengembangkan perniagaan di Bulgaria," katanya ketika ditemu bual Kumpulan Media China (CMG) sempena Sidang Kemuncak Wanita Global di Beijing pada Oktober 2025.
Iotova berkata Bulgaria merupakan antara peserta kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
"Kita (China dan Bulgaria) harus memanfaatkan peluang ini, bekerjasama secara menyeluruh dan meningkatkan pelaburan dua hala," ujar beliau.
Ketika diminta menilai erti hubungan China-Kesatuan Eropah (EU) bagi seluruh dunia, Iotova turut meluahkan rasa gembira melihat pertukaran yang semakin diperkasa antara agensi EU dengan China.
"Selama bertahun-tahun, pertukaran lawatan dan dialog antara EU dan China tidak pernah berhenti. Sudah tentu kami berharap pertukaran seperti ini dapat menjadi lebih kukuh dan berterusan.
"Kita (EU dan China) sepatutnya melihat satu sama lain sebagai rakan yang berganding tangan melangkah ke hadapan, bukan pesaing," kata Iotova.
- Eurostat: China, Negara Pembekal Produk Sains dan Teknologi Terbesar bagi EU
- Tinjauan CGTN: Responden Optimis terhadap Hubungan China-EU
- Lonjakan Perjalanan Dua Hala Dorong Pertukaran Pelancongan China-EU Capai Aras Baharu
- Sidang Kemuncak China-EU ke-25 Berlangsung di Beijing
- Jet Airbus Pertama China Jadi Simbol Hubungan Penerbangan Empat Dekad
- Xi Terima Kunjungan Presiden Majlis Eropah dan Presiden Suruhanjaya Eropah
- Ketua Pegawai Perdagangan China, EU Adakan Rundingan Secara Maya
- China Harap Perkukuh Hubungan Strategik Bersama EU
- Harap China, EU Bergandingan Singkap Lembaran Baharu Jalinan Kerjasama: MFA
- Pertemuan Pemimpin China-EU ke-25 Bakal Diadakan di Beijing




