Lonjakan Perjalanan Dua Hala Dorong Pertukaran Pelancongan China-EU Capai Aras Baharu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 25 Julai 2025

Pertukaran pelancongan antara China dan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) terus memperlihatkan peningkatan pada tahun-tahun mutakhir ini.

Negara-negara EU telah secara konsisten menjadi antara destinasi utama bagi pelancong China untuk ke luar negara, manakala China pula telah muncul sebagai pilihan yang semakin popular dalam kalangan pengembara dari negara-negara EU.

Musim panas mewakili musim kemuncak bagi perjalanan ke luar negara. Data dari pelbagai agensi pelancongan dan platform pelancongan dalam talian menunjukkan bahawa negara-negara EU mendominasi tempahan bagi destinasi jarak jauh bagi pelancong China.

Destinasi tradisional termasuk Itali, Perancis, dan Jerman telah merekodkan peningkatan tempahan yang cukup besar, sementara destinasi-destinasi baharu muncul seperti Hungary pula sedang mengalami pertumbuhan pesat.

Pelancong dari negara-negara EU mengambil foto berkumpulan di hadapan Pagoda Angsa Liar Gergasi di Xi’an, Provinsi Shaanxi, barat laut China. (Foto ihsan Syarikat China Tourism Group Travel Services)

Pelancong dari negara-negara EU mengambil foto berkumpulan di hadapan Pagoda Angsa Liar Gergasi di Xi’an, Provinsi Shaanxi, barat laut China. (Foto ihsan Syarikat China Tourism Group Travel Services)

Dengan pasaran pelancongan global telah mempercepatkan pemulihannya dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, angka pelancong China yang melawat negara-negara EU telah menyaksikan angka pertumbuhan yang stabil.

Menurut Wang Xiaoxue, pengarah bersekutu institut penyelidikan destinasi platform pelancongan dalam talian China iaitu Mafengwo, negara seperti Itali, Sepanyol, Perancis dan Jerman ketika ini menarik angka pelancong China yang paling banyak dalam kalangan negara-negara EU.

Tambahan lagi, destinasi EU yang secara perbandingannya lebih nic termasuk Slovenia, Latvia, Republik Czech dan Romania pula telah menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam populariti pelancongan.

“Sejak 2024, tempahan ke negara-negara EU oleh pelancong China telah meningkat dua kali ganda dari tahun ke tahun. Semasa separuh pertama tahun ini, pelancong yang memilih laluan Eropah Barat seperti Perancis meliputi hampir 30 peratus daripada tempahan,” ujar Han Jie, pengerusi agensi pelancongan dalam talian China, CYTS Aoyou.

Sementara itu, beliau juga berkata bahawa minat pelancong China terhadap beberapa negara EU di Eropah Utara, Selatan, Tengah dan Timur juga meningkat pesat.

Zhao Hongyu, timbalan pengurus besar jabatan pemasaran Syarikat China Tourism Group Travel Services (CTG Travel) menekankan bahawa negara-negara EU secara konsisten menjadi pasaran sumber utama bagi sektor pelancongan masuk China. Dasar bebas visa China buat hampir kebanyakan negara EU ketika ini telah mempromosi pembangunan pelancongan masuk ke China.

Memetik data dari Trip.com, agensi pelancongan dalam talian terkemuka China, negara Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol telah merekodkan angka pengunjung tertinggi ke China pada separuh pertama tahun ini. Pesanan pelancongan masuk dari Itali dan Sepanyol melonjak masing-masing sebanyak 168 peratus dan 102 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pelancong China mengambil foto berkumpulan di Barcelona, Sepanyol. (Foto ihsan CYTS Aoyou)

Pelancong China mengambil foto berkumpulan di Barcelona, Sepanyol. (Foto ihsan CYTS Aoyou)

Huang Minghu, eksekutif di agensi pelancongan dalam talian China, Tuniu berkata bahawa bagi pelancong China, pelancongan mendalam berkualiti tinggi yang memfokuskan satu, dua atau tiga negara EU atau menerokai pelancongan ke destinasi nic perlahan-lahan telah menjadi arus utama pada tahun-tahun mutakhir ini.

Destinasi-destinasi telah berkembang daripada negara-negara Eropah Barat kepada pelbagai negara-negara EU, manakala format organisasi telah dipelbagaikan secara signifikan, yang berevolusi daripada kembara kumpulan besar kepada meliputi kumpulan kecil, kumpulan persendirian, pengembaraan kendiri dan pelancongan berkumpulan berasaskan destinasi, kata Huang.

Zhao turut menyatakan bahawa trend terkini dalam pelancongan masuk dari negara-negara EU menyaksikan bahawa pengunjung semakin menunjukkan permintaan pelancongan yang lebih mendalam, diperibadikan dan diindividukan.

“Pelancong EU menunjukkan minat yang kuat terhadap budaya China, dengan nisbah pelancongan kendiri secara perlahan-lahan meningkat melebihi 80 peratus. Destinasi-destinasi mereka telah semakin bertambah, tidak lagi terhad kepada kawasan pemandangan dan laluan klasik.

“Pelancong EU mempunyai daya membeli yang kuat dan produk pelancongan masuk China menawarkan harga berbaloi yang sangat baik,” ujar Zhao, sambil memberitahu bahawa CTG Travel akan memanfaatkan kemudahan perkhidmatan cukai ‘pemulangan semasa membeli’ bagi mempromosi pembangunan penggunaan masuk yang berkualiti tinggi.

Yang Jinsong, seorang penyelidik di Akademi Pelancongan China percaya bahawa pertukaran pelancongan China-EU telah mempromosi secara signifikan pembangunan sektor-sektor lain. Jumlah pelancong China yang besar telah mencipta kelebihan ekonomik yang baik untuk destinasi popular termasuk Itali, Sepanyol, Perancis, Jerman dan Hungary, sambil menjana peluang pekerjaan tambahan.

Aliran pelancong dua hala yang berskala besar antara China dan Eropah dan mendorong kepada pembangunan tersusun industri-industri yang berkaitan termasuk pengangkutan, tempat tinggal, makanan, beli-belah, kewangan dan insurans.

Zhang Jinshan, seorang penyelidik di Kolej Pelancongan Beijing Union University, menegaskan bahawa sambutan tahun pelancongan antara negara China dan EU telah menjadi inisiatif diplomatik yang penting.

China telah menganjurkan secara bersama acara ‘tahun pelancongan’ dan ‘tahun budaya dan pelancongan’ dengan berbilang negara, termasuk Itali, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Greece, sekali gus menjadi sebahagian penting dalam mempromosikan pertukaran budaya dua hala, sambil memajukan budaya China di pentas global.

Video

Berita Berkaitan