Tinjauan CGTN: Responden Optimis terhadap Hubungan China-EU

(CRI)Jumaat 25 Julai 2025

Hasil dapatan tinjauan yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) menunjukkan para responden optimis terhadap keadaan semasa serta masa depan hubungan China-Kesatuan Eropah (EU).

Seramai 3,895 responden dari 10 negara Eropah yang ditinjau menggesa sinergi bersama China ke arah mewujudkan dunia multipolar dan mengamalkan multilateralisme jitu.

Dalam tinjauan itu, terdapat tujuh negara mencatat tahap kesukaan terhadap China melebihi 50 peratus, manakala tahap kesukaan ditunjukkan responden dalam lingkungan umur antara 25 hingga 34 tahun adalah yang paling tinggi, iaitu 76.1 peratus.

Sebanyak 86 peratus responden menyifatkan ekonomi China sebagai 'kukuh' dan 73.1 peratus yakin terhadap prospek ekonomi China dalam jangka panjang.

Apabila diminta untuk menggambarkan hubungan negara mereka dengan China, sebanyak 44.2 peratus responden memilih 'rakan kongsi' - lebih dua kali ganda berbanding 21.4 peratus yang memilih 'pesaing'.

Video

Berita Berkaitan