Jet Airbus Pertama China Jadi Simbol Hubungan Penerbangan Empat Dekad

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 24 Julai 2025
Jet Airbus Pertama China Jadi Simbol Hubungan Penerbangan Empat Dekad
Foto bertarikh 25 Jun 2025 ini memperlihatkan Airbus A310 komersial pertama yang dikeluarkan di Muzium Penerbangan Awam di Beijing, ibu kota China. (Foto/Xinhua)

Terjaga rapi di Muzium Penerbangan Awam Beijing, sebuah Airbus A310 dengan nombor pendaftaran B-2301 tersergam sebagai bukti fizikal bagi kerjasama selama empat dekad antara industri penerbangan awam China dan pembuat pesawat Eropah.

Tulisan ‘The China Eastern Airlines’ pada fiuslaj dan logo berwarna merah dan biru pesawat itu pada bahagian belakang masih kekal tidak dimamah usia.

Kapal terbang itu merupakan Airbus yang pertama diserahkan kepada China pada 25 Jun 1985. Diterima oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) Cawangan Shanghai, iaitu pendahulu kepada China Eastern Airlines, ia menandakan permulaan kepada perkongsian Airbus dengan sektor penerbangan awam China.

Penghantaran tersebut juga adalah susulan daripada permintaan dipercepatkan dasar pembukaan dan pembaharuan China untuk pengembaraan udara antarabangsa dan domestik. Dengan armada negara hanya mempunyai lebih 200 pesawat pada masa itu, China mencari jet moden untuk mengembangkan rangkaiannya.

A310 yang berbadan lebar dan mempunyai enjin berkembar itu dengan ketara meningkatkan kapasiti, keuntungan dan keselesaan penumpang di laluan utama antara Shanghai dan lokasi seperti Beijing, Guangzhou, Hong Kong, Tokyo dan Osaka.

“A310 ini memang memulakan kisah kejayaan yang luar biasa, persahabatan dan asas kepercayaan antara syarikat penerbangan dan kami di Airbus, melangkaui ekosistem penerbangan Eropah dan rakan dari China, dan juga di luar itu antara Eropah dan China,” kata Christian Scherer, Ketua Pegawai Eksekutif Airbus Commercial Aircraft.

Dalam dekad yang berikutnya, penerbangan awam China mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan purata sekitar 20 peratus dalam jumlah penumpang keseluruhan dalam tempoh yang panjang.

Secara berturut-turut, model Airbus termasuk A300, A340, A320, A330, A380 dan A350, telah menyusuli menyertai armada China, membolehkan penciptaan rangkaian laluan domestik dan antarabangsa yang komprehensif.

Model tertentu menyaksikan pencapaian penting yang ketara. A340 mempelopori laluan kutub, A319 dan A330 beroperasi dengan berkesan di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet yang beraltitud tinggi, keluarga A320 memperkenalkan sistem kawalan penerbangan penerbangan digital menerusi wayar, A350 membuka laluan ultra jauh, dan kapal kargo Airbus pula menyokong logistik udara.

Secara tidak langsung, Airbus menjadi saksi dan peserta dalam pembangunan penerbangan pesat China.

China kini merupakan pasaran pengangkutan udara kedua terbesar di dunia dan pasaran satu negara terbesar Airbus untuk pesawat komersial. Mengendalikan armada melebihi 4,300 pesawat dengan lebih 2,200 daripadanya adalah jet Airbus, penerbangan China telah berkembang daripada pengikut kepada peneraju.

Unjuran pasaran global Airbus 2025 menganggarkan perjalanan udara tahunan per kapita di China akan meningkat daripada 0.6 pada 2024 kepada 1.8 menjelang 2044. Dalam tempoh 20 tahun akan datang, China dijangka menjadi pasaran pengangkutan udara terbesar di dunia, yang memerlukan 9,570 pesawat baharu, yakni hampir satu perempat daripada permintaan global.

“Adalah hasrat Airbus untuk meneruskan jejaknya di China. Bermula daripada barisan pemasangan terakhir kedua di Tianjin kepada pembangunan lebih banyak perkhidmatan dan keupayaan sokongan, termasuk perkhidmatan digital dan, sudah tentu, merintis dengan rakan kongsi China dalam bahan api penerbangan mampan,” kata Scherer.

Kerjasama kini diperluas kepada seluruh kitaran kehidupan pesawat, daripada penyelidikan, reka bentuk, pembuatan dan pemasangan akhir, kepada sokongan pengoperasian dan kitaran kehidupan akhir.

Airbus dan rakan-rakan China telah mendirikan fasiliti di serata China. Misalnya, pusat bagi latihan, kejuruteraan dan khidmat pelanggannya dibuka di Beijing, pusat penyiapan dan penghantaran badan lebar dan barisan pemasangan akhir keluarga A320 terletak di Tianjin, pusat perkhidmatan kitaran hidup pesawat di Chengdu, pusat pengeluaran komposit di Harbin, sebuah pusat inovasi Shenzhen, dan sebuah pusat R&D di Suzhou. Airbus turut mengambil 2,300 pekerja di China.

Bagi menandakan 40 tahun ia beroperasi, Airbus telah melancarkan sebuah projek untuk mencantikkan semula B-2301 A310 yang bersejarah. Selepas berkhidmat selama 21 tahun, kapal terbang itu telah dihentikan operasi pada 2006.

Dibeli semula oleh Airbus dan disumbangkan kepada Yayasan Pempopularan Sains Penerbangan Awam China, ia kini ditempatkan di Muzium Penerbangan Awam China di Beijing sebagai bahan pameran paling berharga dan paling besar institusi tersebut.

Difahamkan, projek mencantikkan semula itu meliputi kokpit, kabin dan bahagian luar, dengan matlamat untuk menawarkan pengalaman pendidikan dan penuh asyik kepada orang awam menjelang 2027.

Wang Yanan, pakar penerbangan di Universiti Beihang berkata bahawa pembaharuan semula A310 akan menjadi pengantara buat kebudayaan dan sains, secara tidak langsung berkongsikan tentang sejarah reka bentuk dan pengeluaran pesawat.

Pengerusi Syarikat China Eastern Airlines Technology merangkap penasihat kehormat projek itu, Fang Zhaoya menyuarakan keterujaannya untuk memperkukuh kerjasama antara Airbus dan China, dengan menyatakan bahawa beliau positif terhadap ‘lagi 40 tahun emas hubungan perkongsian’.

George Xu, naib eksekutif presiden Airbus dan CEO Airbus China pula menyifatkan A310 itu sebagai ‘simbol kerjasama penerbangan China-Eropah dan titik permulaan kisah Airbus di China’.

“Memandang kehadapan, Airbus kekal komited untuk memperdalam akarnya di China, berkhidmat untuk China, bertumbuh bersama-sama industri penerbangan awam, dan menyumbang lebih lagi kepada pembangunan berkualiti tinggi,” tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan