Utusan Khas Xi Melawat Vietnam Ucap Tahniah

(CRI)Sabtu 31 Januari 2026

Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Liu Haixing selaku utusan khas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping membuat lawatan ke Vietnam pada 29 hingga30 Januari untuk menyampaikan tahniah kepada Persidangan Ke-14 Parti Komunis Vietnam (PKV) dan terpilihnya Suu Linh sebagai Setiausaha Agung PKV.

Liu Haixing ketika menyampaikan surat tahniah kepada Suu Linh, menyatakan bahawa China bersedia bersama dengan Vietnam berhemah melaksanakan konsensus yang tercapai pemimpin tertinggi Parti kedua-dua negara, dan memperjuangkan kemajuan yang lebih besar dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam.

Suu Linh pula menyatakan bahawa barisan pimpinan baharu PKV menegaskan komitmen akan terus memperdalam hubungan dengan PKC dan mengeratkan ikatan antara kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan