- Lain-lain
China-Vietnam Lancarkan Sistem Pembayaran Kod QR Rentas Sempadan

China dan Vietnam melancarkan perkhidmatan pembayaran kod QR dua hala di Hanoi, ibu negara Vietnam pada 2 Disember 2025. (Xinhua/Vu Trung Kien)
Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa China dan Vietnam pada Rabu secara rasminya melancarkan perkhidmatan pembayaran kod QR dua hala di Hanoi, ibu negara Vietnam, sekali gus menandakan bermulanya perkhidmatan tersebut di pasaran Vietnam.
Difahamkan, projek itu membolehkan pengguna dari China untuk membuat pembayaran di kedai yang menerima sistem kod QR negara Vietnam iaitu VietQR, dengan menggunakan kaedah pembayaran mudah ali China di Vietnam.
Nguyen Quang Minh, ketua pegawai eksekutif Perbadanan Pembayaran Kebangsaan Vietnam dalam ucapannya menyebut bahawa, pelancaran sistem pembayaran kod QR dua hala tersebut adalah cerminan kepada satu lagi kejayaan baharu yang akan memperkukuh ketersambungan kewangan antara kedua-dua negara.
Sementara, rakan sejawatan beliau dari UnionPay International, Wang Lixin pula menekankan bahawa, projek tersebut membawa manfaat bersama kepada perniagaan mahupun pengguna.
- China Hulur Bantuan Kewangan Kepada Vietnam
- China, Vietnam Adakan Rondaan Bersama Kali ke-39 Mulai Esok
- Li Shulei Bertemu Setiausaha Agung PKV, To Lam
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Vietnam, Luong Cuong
- Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Vietnam
- Zhao Leji Dijadual Lawat Vietnam
- China, Vietnam Akan Jalankan Latihan Bersama Tentera Darat
- Li Qiang Bertemu Perdana Menteri Vietnam di Tianjin
- Presiden Xi Ucap Takziah Atas Pemergian Bekas Presiden Vietnam
- Perkhidmatan Tren Penumpang Rentas Sempadan China-Vietnam Kembali Beroperasi




