- Lain-lain
Majlis Pecah Tanah Diadakan untuk Projek Laluan Kereta Api Bahagian Utara Vietnam
Majlis Pecah tanah untuk pembinaan fasa pertama Projek Laluan Kereta Api Lao Cai-Hanoi-Hai Phong telah diadakan di Thanh pho Lao Cai, utara Vietnam pada Jumaat.
Naib Menteri Pembinaan Vietnam, Nguyen Nanh Huyberkata majlis terbabit telah mempamerkan tekad kedua-dua negara Vietnam dan China untuk memperdalam perkongsian strategik komprehensif dan membentuk komuniti berkongsi nasib Vietnam-China yang membawa makna strategik.
Setelah siap dibina nanti, laluan kereta api berkenaan akan menjadi tunjang bagi pembentukan satu koridor ekonomi moden, dan mencetuskan momentum baharu bagi pembangunan di kawasan sepanjang laluan.
Dimaklumkan, landasan utama yang sepanjang lebih 390 kilometer dalam projek itu akan menyambungkan provinsi-provinsi di kawasan bahagian utara Vietnam dengan kawasan bahagian barat daya China.
Duta Besar China ke Vietnam, He Wei berkata, pelaksanaan projek itu dijangka kondusif bagi memastikan kelancaran antara rantaian bekalan kedua-dua negara dan merancakkan landskap ekonomi di negara masing-masing. Beliau berharap pelaksanaan projek itu berjalan dengan teratur dan mantap berdasarkan sokongan kedua-dua pihak dari segi teknikal.
- China-Vietnam Lancarkan Sistem Pembayaran Kod QR Rentas Sempadan
- China Hulur Bantuan Kewangan Kepada Vietnam
- China, Vietnam Adakan Rondaan Bersama Kali ke-39 Mulai Esok
- Li Shulei Bertemu Setiausaha Agung PKV, To Lam
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Vietnam, Luong Cuong
- Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Vietnam
- Zhao Leji Dijadual Lawat Vietnam
- China, Vietnam Akan Jalankan Latihan Bersama Tentera Darat
- Li Qiang Bertemu Perdana Menteri Vietnam di Tianjin
- Presiden Xi Ucap Takziah Atas Pemergian Bekas Presiden Vietnam




