Li Shulei Bertemu Setiausaha Agung PKV, To Lam

(CRI)Sabtu 15 November 2025

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (PKV), To Lam menerima kunjungan delegasi Parti Komunis China (PKC) yang diketuai ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Li Shulei diHanoi pada Khamis.

Dalam pertemuan tersebut, Li, yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC menyatakan, lawatan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping ke Vietnam dan pertemuan beliau dengan To Lam pada April lalu telah membuka bab baharu bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam.

"China bersedia bersama-sama pihak Vietnam untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua parti untuk melonjakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam ke tahap lebih tinggi," kata Li.

To Lam pula menyatakan kesediaannya untuk meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, di samping memperkasakan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, memperkukuh persahabatan di kalangan rakyat, dan berganding tangan menuju ke modenisasi.

Video

Berita Berkaitan