China Hulur Bantuan Kewangan Kepada Vietnam

(CRI)Selasa 25 November 2025

China akan menyalurkan bantuan kewangan kepada Vietnam bagi membantu usaha pemulihan pasca bencana banjir dan taufan yang melanda negara itu.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media di Beijing pada Isnin.

Mao turut menyatakan keyakinan, bahawa di bawah kepimpinan Parti dan kerajaan Vietnam, penduduk di kawasan terjejas akan mampu mengharungi kesulitan dan membina semula kediaman mereka dalam masa terdekat.

Dimaklumkan, tiada warga China yang terkorban dalam bencana terbabit setakat ini.

Video

Berita Berkaitan