- Lain-lain
Xi Terima Kunjungan Utusan Khas Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam

China sentiasa mementingkan hubungan dengan Vietnam, bersedia bersama dengan negara itu untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara, serta mengukuhkan persahabatan tradisional.
Demikian menurut Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China Xi Jinping ketika menerima kunjungan utusan khas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Le Hoai Trung di Beijing pada Rabu.
Xi berkata China bersedia bersama-sama pihak Vietnam untuk meningkatkan pertukaran lawatan pelbagai peringkat, mempergiat kerjasama dalam pelbagai sektor, menangani perselisihan pendapat dengan baik, bagi mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam.
Sementara itu, Le Hoai Trung, yang juga Menteri Luar Vietnam berkata, negara itu sentiasa mengutamakan hubungan dengan China, bersedia berganding bahu dengan China dalam era pembangunan baharu berpandukan konsensus penting pemimpin tertinggi kedua-dua negara, memperkukuh asas politik dan persefahaman kalangan rakyat, agar mendorong hubungan Vietnam-China berkembang ke tahap lebih tinggi dan memberikan limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
- China, Vietnam Tekad Perkukuh Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib
- Utusan Khas Xi Melawat Vietnam Ucap Tahniah
- Pelabuhan Youyiguan Naik Taraf Sistem Pelepasan
- Xi Jinping Hubungi Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, To Lam menerusi Telefon
- Xi Ucap Tahniah To Lam Dipilih Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKV
- Laluan Penerbangan Baharu China-Vietnam Dibuka
- Majlis Pecah Tanah Diadakan untuk Projek Laluan Kereta Api Bahagian Utara Vietnam
- China-Vietnam Lancarkan Sistem Pembayaran Kod QR Rentas Sempadan
- China Hulur Bantuan Kewangan Kepada Vietnam
- China, Vietnam Adakan Rondaan Bersama Kali ke-39 Mulai Esok




