- Lain-lain
Xi, Thongloun Umum Tahun 2026 Sebagai Tahun Persahabatan China-Laos
Presiden China Xi Jinping membalas surat daripada rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith pada Khamis.
Kedua-dua pemimpin bersama-sama mengumumkan tahun 2026 sebagai “Tahun Persahabatan China-Laos” dan turut melancarkan siri aktiviti sambutan berkaitan.
Dalam surat tersebut, Xi menyatakan bahawa hubungan antara China dengan Laos berada pada tahap terbaik dalam sejarah, dan mempunyai prospek masa depan yang amat cerah.
Beliau menegaskan China sentiasa memandang hubungan dengan Laos dari sudut strategik dan jangka panjang, bersedia bekerjasama lebih rapat dengan Laos dengan mengambil peluang sempena ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik kedua-dua negara dan “Tahun Persahabatan China-Laos” untuk mewarisi persahabatan tradisional, memperdalam kerjasama pragmatik, dan meningkatkan kerjasama strategik supaya mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Laos berada di barisan hadapan hubungan antara negara.
Usaha ini juga bertujuan untuk memberikan sumbangan lebih besar kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau.
Sementara itu Thongloun dalam suratnya mengucapkan selamat Tahun Baharu China (TBC) kepada Xi dan berkata, beliau akan mengarahkan pelbagai jabatan berkaitan untuk bekerjasama rapat dengan pihak China bagi menjayakan siri aktiviti “Tahun Persahabatan Laos-China”, membina komuniti berkongsi nasib Laos-China yang bermutu dan bertaraf tinggi, mendorong pembangunan hubungan kedua-dua negara dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang melangkah ke tahap yang lebih tinggi pada era baharu dan menjadi teladan baik bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
- Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun
- Wang Huning Lakukan Lawatan Rasmi ke Laos
- Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun Sempena Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Republik Demokratik Rakyat Laos
- Perkukuh Hubungan China-Laos, Bawa Lebih Banyak Manfaat kepada Rakyat
- Perkhidmatan Bas Rentas Sempadan China-Laos Dilancarkan
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Laos, Thongloun Sisoulith
- China, Laos Tandatangan Perjanjian Dana Khas Kerjasama Lancang-Mekong 2025
- Legasi Jalan Kuno Teh-Kuda Subur di Sempadan China-Laos
- Perdagangan Buah-buahan Semakin Rancak Susulan Operasi Laluan Kereta Api China-Laos
- Xi Ucapkan Takziah atas Pemergian Bekas Presiden Laos




