- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun
Presiden China, Xi Jinping semalam telah membuat panggilan telefon untuk mengucap tahniah kepada rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun yang dipilih lagi sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos.
Xi berkata, semoga di bawah pimpinan teguh Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos yang diketuai oleh Thongloun, rakyat di negaranya bersatu padu memperjuangkan matlamat untuk sambutan ulang tahun ke-100 Parti pada tahun 2055.
Menurut Xi, China dan Laos sebagai dua negara sosialis yang berjiran mempunyai silaturahim yang rapat di kalangan rakyat.
"Dalam situasi baharu di mana ketersambungan antara landskap serantau dengan pentas global semakin meningkat, saya bersedia bersama-sama Setiausaha Agung Thongloun untuk memberi panduan strategik yang lebih kondusif bagi pembangunan hubungan China-Laos, memelihara persahabatan tradisional kedua-dua negara, menmperbanyak interaksi melibatkan pengalaman dalam pentadbiran Parti dan negara, meneroka kerjasama dalam pelbagai bidang yang lebih substantif, mendorong komuniti berkongsi nasib China-Laos berkembang ke arah yang berspesifikasi tinggi, berkualiti tinggi dan bertaraf tinggi sehingga membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, sekali gus memberi sumbangan baharu bagi kestabilan dan kemakmuran serantau bahkan dunia.
- Wang Huning Lakukan Lawatan Rasmi ke Laos
- Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun Sempena Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Republik Demokratik Rakyat Laos
- Perkukuh Hubungan China-Laos, Bawa Lebih Banyak Manfaat kepada Rakyat
- Perkhidmatan Bas Rentas Sempadan China-Laos Dilancarkan
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Laos, Thongloun Sisoulith
- China, Laos Tandatangan Perjanjian Dana Khas Kerjasama Lancang-Mekong 2025
- Legasi Jalan Kuno Teh-Kuda Subur di Sempadan China-Laos
- Perdagangan Buah-buahan Semakin Rancak Susulan Operasi Laluan Kereta Api China-Laos
- Xi Ucapkan Takziah atas Pemergian Bekas Presiden Laos
- China Ikrar Perkasa Kerjasama Bilateral dengan Laos




