- Lain-lain
Wang Huning Lakukan Lawatan Rasmi ke Laos

Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Wang Huning mengadakan lawatan rasmi ke Laos dan menghadiri akiviti sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan Republik Demokratik Rakyat Laos, pada 1 hingga 3 Disember.
Dalam lawatan tersebut, Wang mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) yang juga Presiden Laos, Thongloun Sisoulith serta Perdana Menteri Sonexay Siphandone.
Beliau turut bertemu dengan Speaker Parlimen Laos, Xaysomphone Phomvihane serta mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pusat Barisan Penubuhan Negara Laos Sinlavong Khoutphaythoune.
Semasa mengadakan pertemuan dengan Presiden Thongloun, Wang berkata bahawa China komited untuk berusaha bersama pihak Laos untuk melaksanakan konsensus strategik yang dicapai antara pemimpin kedua-dua negara.
Ini termasuk mempercepatkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Laos yang mempunyai piawaian tinggi, berkualiti tinggi dan bertahap tinggi.
- Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun Sempena Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Republik Demokratik Rakyat Laos
- Perkukuh Hubungan China-Laos, Bawa Lebih Banyak Manfaat kepada Rakyat
- Perkhidmatan Bas Rentas Sempadan China-Laos Dilancarkan
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Laos, Thongloun Sisoulith
- China, Laos Tandatangan Perjanjian Dana Khas Kerjasama Lancang-Mekong 2025
- Legasi Jalan Kuno Teh-Kuda Subur di Sempadan China-Laos
- Perdagangan Buah-buahan Semakin Rancak Susulan Operasi Laluan Kereta Api China-Laos
- Xi Ucapkan Takziah atas Pemergian Bekas Presiden Laos
- China Ikrar Perkasa Kerjasama Bilateral dengan Laos
- Modenisasi ala China Rujukan bagi Pembangunan Negara Lain - Duta Besar Laos




