- Lain-lain
Xi Ucap Selamat TBC kepada Tokoh Bukan Anggota PKC

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina (TBC) kepada tokoh-tokoh dari pelbagai parti politik bukan PKC dan Persekutuan Perindustrian dan Perdagangan Seluruh China (ACFIC) serta individu yang tidak terikat dengan mana-mana parti dan ahli barisan bersatu.
Xi yang juga Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menyampaikan ucapan itu ketika menghadiri perhimpunan bersama perwakilan berkenaan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Rabu sempena sambutan TBC yang akan menjelang tiba.
Beliau turut menyampaikan penghargaan berikutan kerjasama pelbagai parti sepanjang tahun lepas telah membuahkan hasil yang memberangsangkan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara.
Xi berkata tahun 2026 merupakan permulaan bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15.
Sehubungan itu, beliau berharap parti politik bukan PKC, ACFIC dan individu yang tidak terikat dengan mana-mana parti dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan melakar kejayaan baharu terutamanya dalam menyatupadukan tenaga, menyumbang kepada pelaksanaan FYP ke-15 dan memperkasa pembangunan kendiri.
- Naib PM China Terima Kunjungan Delegasi DAP
- Deklarasi Urumqi Dikeluarkan pada Forum Pertukaran Persahabatan Ahli Parlimen Antarabangsa 2025
- Parti dan Pertubuhan Sahabat PKC Melebihi 600 di Dunia
- Surat Pekeliling No. 1 MPP Dikeluarkan, Fokus Pemodenan Pertanian dan Luar Bandar
- Kerja Luar Bandar China Fokuskan Tiga Kata Kunci
- Delegasi PKC Adakan Sesi Penerangan Semangat Sidang Pleno Keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC
- Understand China | Agenda dan Matlamat Pelan Lima Tahun ke-15
- Understand China | Inspirasi Pelan Lima Tahun kepada Selatan Global
- Xi Mahu Permulaan Baik untuk FYP ke-15
- China Rangsang Sokongan Kewangan Inklusif Buat Firma Mikro, Kecil
- China Perkukuh Jaringan Pengangkutan Semasa Tempoh FYP ke-14
- Pembangunan Berkualiti Tinggi: Kunci Penaiktarafan dalam Pembangunan China
- PM Li Seru Tugas Utama FYP ke-15 Dilaksana Menyeluruh




