Pembangunan Berkualiti Tinggi: Kunci Penaiktarafan dalam Pembangunan China

(CRI)Khamis 13 November 2025

Pembangunan berkualiti tinggi ditetapkan sebagai agenda teras bagi Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030) sempena sidang pleno keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC).

Pembangunan berkualiti tinggi merupakan antara komponen penting dalam pemikiran ekonomi Xi Jinping. Menurut beliau, pembangunan ekonomi tidak boleh hanya memberi tumpuan kepada kuantiti sahaja, tetapi juga perlu mengutamakan kualitinya.

Pembangunan berkualiti tinggi bukan sahaja keperluan untuk transformasi ekonomi, malah melibatkan pembaharuan dalam pelbagai bidang termasuk sosial, ekologi, budaya dan lain-lain. Ia ditetapkan sebagai tugas utama dalam usaha merealisasikan modenisasi ala China.

Strategi pembangunan dipacu inovasi membuka jalan ke arah pembangunan berkualiti tinggi. China giat memperkasa usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan bilangan kakitangan R&D adalah yang paling ramai di dunia.

Sebagai contoh, menerusi kaedah pengeluaran pintar, output tahunan kenderaan tenaga baharu (NEV) di China dicatat melepasi 10 juta unit, manakala kos pengeluarannya menurun sebanyak 15 peratus.

Di samping itu, China juga mengutamakan transformasi hijau bagi mewujudkan pembangunan rendah karbon.

Kini, China telah mewujudkan sistem tenaga boleh diperbaharui paling besar dengan kapasiti terpasang tenaga fotovolta dan kuasa angin mendahului negara-negara lain di dunia.

Selain itu, paradigma pembangunan baharu yang berasaskan 'dwi kitaran' juga penting bagi China untuk mewujudkan pembangunan berkualiti ekonomi.

Kitaran domestik mampu menjana potensi pasaran yang berskala besar sehingga menarik sumber premium dari seluruh dunia, manakala kitaran antarabangsa pula boleh memperluas rantaian perindustrian dan bekalan global menerusi kerjasama teknologi dan penyepaduan sumber.

Video

Berita Berkaitan