- Lain-lain
China Perkukuh Jaringan Pengangkutan Semasa Tempoh FYP ke-14
![]() |
| Foto menunjukkan tiket kereta api yang dikumpul oleh seorang penumpang. (People’s Daily Online/Qiao Xuefeng) |
Sistem penumpang kereta api China telah beralih sepenuhnya kepada invois elektronik mulai 1 Oktober, sekali gus menamatkan penggunaan kertas untuk slip pembayaran balik. Kejayaan itu menandakan kedatangan era digital sepenuhnya dan baharu untuk tiket kereta api.
Perubahan dalam tabiat pengembaraan telah tersemat dalam kehidupan harian penduduk biasa.
Beberapa tahun lalu, Li Juan yang pulang ke kampung halaman di Provinsi Hunan dari Yiwu di Provinsi Zhejiang adalah sesuatu yang sulit. Dia perlu bersesak-sesak di dalam bas untuk ke Stesen Kereta Api Yiwu, menghabiskan masa selama 10 jam di dalam kereta api ke Changsa di Provinsi Hunan, kemudiannya menaiki satu lagi bas dengan perjalanan selama dua jam, dengan jumlah masa di atas jalan raya menghampiri 10 jam.
Kini, dengan pembukaan laluan kereta api laju yang baharu dan jaringan pengangkutan yang lebih bersepadu, perjalanannya telah berubah sepenuhnya. Dia meninggalkan Yiwu pada pukul 8 pagi, dan berada di hadapan pintu rumah di Hengyang, Provinsi Hunnan pada pulul 2 petang.
Pada 28 September, seksyen Shenyang-Baihe untuk Kereta Api Laju Shenyang-Jiamusi secara rasminya dibuka, secara tidak langsung memendekkan masa perjalanan di antara Beijing dan Gunung Changbai kepada 4 jam dan 22 minit, sementara di antara Shenyang dan Gunung Changbai kepada hanya 1 jam 36 minit.
Sejak Stesen Kereta Api Changbaishan dibuka pada 24 Disember 2021, ia telah mengendalikan 2.79 perjalanan penumpang, termasuk lebih daripada 1.27 juta pada 2024.
Menjelang penghujung 2024, jaringan pengoperasian kereta api China telah mencapai 162,000 kilometer, iaitu meningkat sebanyak 16,000 kilometer dari penghujung tempoh Pelan Lima Tahun (FYP) ke-13 (2016-2020), termasuk 10,000 kilometer trek kereta api laju yang baru ditambah.
Difahamkan, perbatuan jalan di seluruh China telah mencapai 5.49 juta kilometer. Jalan air yang boleh dipandu arah bergred tinggi juga telah ditambah menjadi 17,600 kilometer, iaitu meningkat 1,600 kilometer.
Menteri Pengangkutan, Liu Wei berkata bahawa, enam daripada 17 sasaran utama yang ditetapkan dalam FYP ke-14 termasuk panjang kereta api bandar dan lebuh raya, pengguna Sistem Pandu Arah Satelit BeiDou di kawasan utama serta angka bas tenaga baharu dalam pengangkutan awam bandar telah dicapai lebih awal berbanding yang dijadualkan pada 2024.
Kata beliau, menjelang akhir tahun ini, 11 lagi item baki termasuk perbatuan kereta api laju dan kadar akses transit kereta api bandar ke hab lapangan terbang dijangka akan disiapkan.
![]() |
| Seksyen Shenyang-Baihe untuk Kereta Api Laju Shenyang-Jiamusi secara rasminya dibuka kepada awam. (Foto ihsan individu yang diwawancara) |
- PM Li Seru Tugas Utama FYP ke-15 Dilaksana Menyeluruh
- Ekonomi Sebenar Jadi Keutamaan Pelan Lima Tahun ke-15 China
- Visi untuk FYP ke-15 China
- Xi Pengerusikan Simposium Kumpul Pendapat Wakil Bukan PKC Mengenai FYP ke-15
- Cadangan FYP ke-15, Dokumen Pedoman Penting Dalam Sejarah PKC
- Persidangan PKC Lulus Cadangan Mengenai Rancangan Lima Tahun ke-15
- Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC Jadi Tumpuan Dunia
- FYP ke-15 China Jadi Tumpuan Dunia
- Mengikut Haluan China Merintis Masa Depan
- Apakah Rancangan Lima Tahun di China?






