- Lain-lain
Understand China | Agenda dan Matlamat Pelan Lima Tahun ke-15
Perumusan saintifik dan kesinambungan pelaksanaan pelan-pelan lima tahun China menjadi cerminan pendekatan penting dalam tadbir urus Parti Komunis China (PKC), juga jendela yang mustahak untuk masyarakat antarabangsa memahami pemodenan China.
“Understand China”, program terbaru terbitan People’s Daily Online ini, memfokuskan Pelan Lima Tahun ke-15 (2026-2030). Siri ini mengkaji perancangan pembangunan, peluang, dan falsafah tadbir urus China, dengan tujuan menghapuskan salah faham sekali gus meningkatkan pemahaman dan penerimaan khalayak antarabangsa.
Dalam episod kali ini, Profesor Gong Jiong dari Universiti Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa duduk berdialog dengan John Quelch, naib canselor eksekutif Universiti Duke Kunshan yang juga penerima Anugerah Perak Shanghai Magnolia 2012.
Bersama-sama, mereka menganalisis secara mendalam hala tuju pembangunan China serta objektif-objektif utamanya untuk lima tahun akan datang. Menyentuh tumpuan pihak-pihak luar mengenai pembangunan pesat China, kedua-dua sarjana menghuraikan strategi China yang memfokuskan pengurusan efektif hal ehwal domestik sambil berkongsi peluang pembangunan dengan negara-negara sedunia. Mereka juga memberikan penekanan kepada cara-cara untuk China dan AS wujud bersama dan berinteraksi dengan membina.
Proses perancangan senantiasa dianggap sangat penting peranannya sebagai salah satu komponen kejayaan China, menurut Quelch, yang kemudiannya menegaskan bahawa pelan-pelan lima tahun tersebut dengan jelasnya menyampaikan agenda dan objektif pembangunan China kepada dunia. Hal ini menampakkan tahap ketelusan dan keterbukaan yang tinggi.
Membalas naratif pihak luar yang mendakwa China semakin tertutup, Gong menyatakan adalah mustahil bagi sebuah negara yang berstatus pengeksport terbesar dunia untuk menutup pintunya.
“Kami tidak mampu untuk tidak terbuka,” ulasnya.
Quelch menambah bahawa peralihan tumpuan China ke arah sebuah model ekonomi dipacu permintaan domestik bukanlah tanda suatu peralihan pendirian daripada globalisasi kepada isolasi. Sebaliknya, ia merupakan satu “strategi selari” – sambil merangsang penggunaan dan meluaskan permintaan domestik, China terus menggalakkan pelaburan ke luar, menyokong syarikat yang ingin melebarkan sayap di seberang laut, dan memperdalam sinergi antarabangsa.
Tegas Gong lagi, sama ada China berdepan dengan situasi “kapasiti berlebihan” seperti yang didakwa, perkara ini wajarnya dinilai oleh pasaran global. Mengambil industri kenderaan sebagai contoh, beliau menekankan bahawa “Eropah tidak boleh membenteng pasaran dan menghalang import untuk melindungi pasaran”.
Quelch memandang perkongsian sebagai kunci kejayaan. Katanya, “Sesuatu yang nampak seperti kapasiti domestik yang berlebihan dalam EV, sebenarnya kapasiti yang sesuai untuk pasaran dunia. Maka dari segi ini, ‘kapasiti berlebihan’ China adalah anugerah kepada dunia.”
Menyentuh persaingan antara China dan AS, beliau menegaskan bahawa “AS hendaklah lebih yakin akan kemampuan diri untuk bersaing dengan China tanpa perlunya menggunakan rintangan berkaitan tarif dan kawalan eksport. Namun pada masa yang sama, China, melihat kepada segala pencapaiannya, harus lebih yakin akan kemampuan untuk bersaing dengan AS dengan membuka lagi pasaran domestik.”
Bersetuju dengan pandangan ini, Gong menyeru kedua-dua negara supaya memperkukuh dialog, mengurangkan prasangka kognitif, dan bersama-sama mencipta lebih banyak peluang untuk kerjasama dan pembangunan ekonomi global.
“Saya berharap persaingan ini adil, seimbang, dan aman,” kata beliau.
- Understand China | Inspirasi Pelan Lima Tahun kepada Selatan Global
- Xi Mahu Permulaan Baik untuk FYP ke-15
- China Rangsang Sokongan Kewangan Inklusif Buat Firma Mikro, Kecil
- China Perkukuh Jaringan Pengangkutan Semasa Tempoh FYP ke-14
- Pembangunan Berkualiti Tinggi: Kunci Penaiktarafan dalam Pembangunan China
- PM Li Seru Tugas Utama FYP ke-15 Dilaksana Menyeluruh
- Ekonomi Sebenar Jadi Keutamaan Pelan Lima Tahun ke-15 China
- Visi untuk FYP ke-15 China
- Xi Pengerusikan Simposium Kumpul Pendapat Wakil Bukan PKC Mengenai FYP ke-15
- Cadangan FYP ke-15, Dokumen Pedoman Penting Dalam Sejarah PKC




