- Lain-lain
Pelancong Asing Dialu-alukan Kunjungi China semasa Sambutan TBC 2026
Pelancong asing dialu-alukan mengunjungi China semasa sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2026.

China yakin, perjalanan mereka sempena sambutan TBC 2026 akan menjadi jambatan kebudayaan dan ikatan kukuh yang menghubungkan China dengan seluruh dunia.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada sidang akhbar pada Khamis sebagai respons terhadap pertanyaan wartawan tentang pelbagai aktiviti sambutan TBC 2026 yang sedang berlangsung di seluruh dunia, termasuk aktiviti dengan elemen tradisional, seperti tarian naga dan singa, pesta tanglung, kaligrafi kata “Fu”, dan pertunjukan pakaian Hanfu serta aktiviti dengan elemen inovatif seperti robot humanoid pada majlis sambutan di PBB, angpau AI, dan barangan digital untuk sambutan hari raya.
Di samping itu, 'menjelajah ke China semasa sambutan TBC' sudah semakin diterima di kalangan netizen asing. Sesetengah media asing bahkan mengatakan bahawa TBC 2026 mungkin akan menjadi musim pelancongan yang paling sibuk dan paling dinanti-nantikan orang ramai.
Lin berkata, TBC 2026 merupakan edisi kedua sejak ia disenaraikan dalam senarai warisan budaya tidak ketara UNESCO.
“Festival ini semakin relevan dengan senario global terutama dalam bidang kebudayaan.
“Pelbagai adat resam perayaan TBC bukan sahaja dilihat sebagai gabungan budaya tradisional China, tetapi juga cermin teknologi inovatif pada zaman moden, yang mendapat nafas baharu melalui interaksi di pentas dunia secara berturut-turut.
“TBC boleh disifatkan sebagai satu peluang bagi China mengeluarkan jemputan kepada dunia untuk bersama-sama mencetuskan fenomena kebudayaan. Di sebalik situasi dunia yang terperangkap dalam kancah pertelingkahan dan konflik yang semakin meningkat, konsep keharmonian, keterangkuman dan simbiosis yang terkandung dalam sambutan TBC boleh dilihat sebagai penggerak inspiratif dan kuat bagi menambah kepastian dalam landskap dunia.
“Kita sudah berada di ambang Tahun Kuda. Kuda melambangkan keberanian, kebijaksanaan, ketekunan, berdaya tahan, dan semangat yang gigih.
“Marilah kita menyemarakkan semangat ’kuda yang memecut’, meningkatkan persefahaman dan pertukaran antara satu sama lain, berusaha bersama untuk mewujudkan keamanan dan pembangunan dunia,” kata Lin.
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
"Michael One Shots Chaozhou": Edisi khas Tales of Cities
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
Tales of Cities | Daripada Dentangan Besi Hingga Ritma Lagu, Tiexi Memalu Nadi Kelahiran Semula
- Musim Ais, Salji Harbin Tarik Pelancong ASEAN, Disokong Empat Lagi Penerbangan Terus
- Puncak Salji Barat Daya China, Tarik Pelancong Asia Tenggara
- Jumlah Pelancong Asing Mohon Rebat Cukai Berlepas di Shanghai Meningkat 156.3 Peratus
- China Tawar Pengecualian Visa kepada 75 Negara
- Kemasukan Pengembara Asing ke China pada H1 2025 Meningkat
- 10 Juta Pelancong Keluar Masuk Sempadan Melalui Beijing pada Separuh Tahun Pertama 2025
- Panduan Pemulangan Cukai Buat Pelancong di China
- Shanghai Catat Ledakan Pelancong Asing Suku Pertama Tahun Ini
- Pintu Masuk Beijing Rekod Aliran Pengembara Melebihi 4 Juta
- Langkah Beijing Mudahkan Khidmat Bayaran Beri Manfaat kepada Pelawat Asing