- Lain-lain
Puncak Salji Barat Daya China, Tarik Pelancong Asia Tenggara

Pelancong asing datang ke provinsi Yunnan. (Xinhua/Chen Xinbo)
Sejak awal tahun ini, kawasan-kawasan peranginan berpuncak salji di merata provinsi Yunnan, Sichuan dan Guizhou di barat daya China telah menyaksikan ledakan dalam bilangan pelancong dari Asia Tenggara.
Menurut laporan Pentadbiran Am Sukan China tahun lepas, ekonomi ais dan salji negara ini telah mengalami pertumbuhan berlipat ganda dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Skala sektor berkenaan berkembang daripada 364.7 bilion yuan pada 2016 kepada 980 bilion yuan pada 2024, mencatat pertumbuhan tahunan purata melebihi 21 peratus.
“Pengalaman bertemakan ais dan salji terus-menerus menarik minat pelancong dari Asia Tenggara, dengan pertumbuhan purata tahunan sekitar 30 peratus,” kata Wang Lijun, seorang eksekutif syarikat pembangunan pelancongan tempatan provinsi Yunnan.
Bagi ramai pelawat, kunjungan ke barat daya China merupakan kali pertama mereka berjumpa salji.
“Kami jarang lihat salji di Malaysia, jadi ini sesuatu yang baharu dan menguja buat kami. Aktivitinya sesuai untuk semua usia, dan anak-anak cukup seronok,” kata pelancong dari Malaysia yang melawat Potatso dengan keluarganya.
Untuk memperkaya pengalaman pelancong antarabangsa, pihak berkuasa tempatan sedang menaiktarafkan perkhidmatan secara bersasaran. Misalnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Tianfu Chengdu di ibu provinsi, telah membuka sebuah pusat bantuan bayaran yang khusus untuk pelancong dari luar. Bandar berkenaan juga telah mengambil langkah untuk membolehkan penggunaan kad bank asing bagi bayaran pengangkutan awam.
Banyak destinasi pelancongan setempat kini menawarkan skrin multibahasa berkuasa AI serta kios pengurup wang, sekali gus memastikan perjalanan yang lancar dan bebas stres.
- Jumlah Pelancong Asing Mohon Rebat Cukai Berlepas di Shanghai Meningkat 156.3 Peratus
- Salji Pertama! Ini Cara Tahan Musim Sejuk di Beijing
- Rantaian Industri Emas di Zhaoyan Kini Lengkap
- Pelancong Domestik Cecah Lima Bilion pada Tiga Suku Pertama 2025
- China Catat 178 Juta Aliran Keluar Masuk Negara pada Suku Ketiga 2025
- Pelancongan Industri Semakin Hangat, Kilang di China Mula Terbuka Kepada Pengunjung
- H1 2025: Angka Perbelanjaan Pelancong, Perjalanan Domestik Capai Rekod Tertinggi Baharu
- Sukan Semarakkan Ledakan Pelancongan di Serata China
- Yuncheng, Shanxi: Tasik Garam Bagai Pelangi
- Pelancong Asing Terokai China Jauh Di Sebalik Bandar Besar




