Musim Ais, Salji Harbin Tarik Pelancong ASEAN, Disokong Empat Lagi Penerbangan Terus

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 13 Januari 2026

Dengan ketibaan musim ais dan salji, perjalanan ke Harbin untuk menikmati tarikan ais dan salji kini menjadi trend baharu dalam pelancongan rentas sempadan. Pelaksanaan dasar transit tanpa visa selama 240 jam serta pengecualian visa sehala telah menarik ramai pelancong dari negara-negara ASEAN untuk berkunjung khusus ke Harbin.

Menurut Stesen Pemeriksaan Imigresen Sempadan Keluar-Masuk Harbin, Lapangan Terbang Harbin baru-baru ini menambah empat laluan antarabangsa baharu yang menghubungkan Harbin dengan Ho Chi Minh City dan Hanoi di Vietnam, Bangkok di Thailand, serta Kuala Lumpur di Malaysia. Jumlah penerbangan penumpang mingguan meningkat daripada 87 kepada 118.

Sejak Hari Tahun Baharu 2026, jumlah pergerakan keluar masuk penumpang di pintu masuk tersebut mencatatkan peningkatan lebih 30 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Penerbangan OD8181 yang berlepas terus dari Kuala Lumpur ke Harbin mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harbin Taiping (Foto ihsan Kastam Lapangan Terbang Harbin Taiping).

Penerbangan OD8181 yang berlepas terus dari Kuala Lumpur ke Harbin mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harbin Taiping (Foto ihsan Kastam Lapangan Terbang Harbin Taiping).

Video

Berita Berkaitan