- Lain-lain
China Syor Tangani Ketidaklancaran Operasi WTO dan Martabatkan Peraturan Perdagangan Dunia
Seorang petugas dari Kementerian Perdagangan China telah memberi tafsiran tentang "Kertas Pendirian China mengenai Pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di bawah Situasi Semasa" yang sudah diserahkan kepada WTO baru-baru ini.
Kertas itu merangkumi dua bahagian, iaitu bahagian pendirian dan bahagian cadangan.
Kertas itu menekankan, globalisasi ekonomi adalah trend sejarah yang tidak terhalang, maka pembaharuan WTO seharusnya menyasarkan pengukuhan tadbir urus perdagangan pelbagai hala, memelihara peranan asas yang dimainkan Negara Paling Disukai (MFN) dalam sistem peraturan WTO, dan menonjolkan pembangunan di tengah-tengah agenda pembaharuan WTO.
Yang perlu dibuat itu bukan sahaja menangani masalah-masalah yang tertunggak, tetapi juga meneliti peraturan baharu untuk masa depan.
Kertas tersebut menyatakan pula, anggota WTO seharusnya menyusun satu pelan kerja pembaharuan yang progresif dan berstruktur pada Persidangan Menteri WTO ke-14, menetapkan jadual, dan mempromosikan pembaharuan daripada fasa prosedur kepada fasa substantif melalui dialog dan inisiatif yang diketengahkan oleh pelbagai anggota.
Perkara-perkara yang lain yang disentuh dalam Kertas itu termasuk China menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif dan menyeluruh serta bersikap proaktif dalam mempertahankan sistem perdagangan multilateral, peri pentingnya untuk memajukan pembaharuan WTO dalam situasi semasa, memangkin agenda pembaharuan yang berpusatkan pembangunan, membantu kalangan anggota negara membangun memanfaatkan peluang pertumbuhan dalam ekonomi digital, transformasi hijau dan kecerdasan buatan (AI), membincangkan langkah-langkah kerajaan yang mungkin menjejaskan perdagangan antarabangsa, menghormati sistem ekonomi dan tahap pembangunan yang berbeza di negara-negara berlainan, mencapai persefahaman mengenai persaingan yang adil, dan mewujudkan persekitaran yang lebih sesuai dengan keperluan pembangunan perindustrian dari segi peraturan perdagangan antarabangsa.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Perjanjian Subsidi Perikanan WTO Berkuat Kuasa Secara Rasmi
- Brazil Fail Aduan di WTO Berhubung Tarif Tinggi AS
- Ketua Badan Legislatif Tertinggi China, Zhao Leji Hadiri WCSP Ke-6
- China Sokong WTO Promosi Pembangunan, Tambah Baik Peraturan Perdagangan - PM Li Qiang
- Tarif Kenderaan AS Langgar Peraturan WTO
- China Bantah Keras Langkah Naikkan Tarif Secara Sepihak
- Dagangan Barang Global Terus Pulih: WTO
- WTO Teliti Dasar Perdagangan China
- China Seru Anggota WTO Tingkat Kerjasama Dagangan Produk ICT
- Persidangan Peringkat Menteri ke-13 WTO Berakhir