- Lain-lain
PM China Kemuka Cadangan Wujudkan Situasi Sama Menang Tahap Tinggi Dengan Jerman
Perdana Menteri China Li Qiang mencadangkan agar kerjasama China dan Jerman menumpukan kepada tiga aspek bagi mewujudkan situasi yang sama menang dan kerjasama yang saling menguntungkan pada tahap yang lebih tinggi.

Cadangan tersebut dikemukakan Li semasa menghadiri sesi libat urus Jawatankuasa Penasihat Ekonomi China-Jerman bersama Canselor Jerman Friedrich Merz di Beijing pada Rabu.
Sesi tersebut turut dihadiri lebih 60 wakil syarikat China dan Jerman.
Li berkata, kerjasama China dan Jerman dalam bidang ekonomi dan perdagangan akan diperluaskan semasa pelaksanaan "Rancangan Lima Tahun ke-15 (2026-2030)".
Beliau turut mencadangkan kedua-dua negara memperkasakan kerjasama dalam sektor tradisional melibatkan mekanikal, peralatan dan industri kimia; menyokong syarikat dan institusi penyelidikan kedua-dua negara untuk mendorong peraliran dua hala sumber inovatif dan bersama-sama meneroka pasaran pihak ketiga.
Selain itu, Li turut mencadangkan kedua-dua negara untuk mewujudkan persekitaran yang baik bagi pelaburan dan perniagaan.
"Usahawan China dan Jerman diharap bukan sahaja memainkan peranan penting dalam memperkasakan kerjasama perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara, tetapi juga menyumbang kepada peningkatan komunikasi dan persefahaman serta menggalakkan kestabilan hubungan kedua-dua pihak," kata Li.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- PM Jerman Tiba di Beijing
- Perdana Menteri Jerman Dijadual Adakan Lawatan ke China
- China Sekali Lagi Jadi Rakan Dagang Terbesar bagi Jerman
- Mesyuarat Menteri Luar China-Jerman-Perancis Berlangsung di Munich
- Wang Yi Bertemu Menteri Luar Jerman di Beijing
- Menter Luar Jerman akan Lawat China
- China, Jerman Komited Perkukuh Komunikasi Strategik
- Menteri Luar China, Jerman Adakan Perbualan Menerusi Telefon
- Lima Dekad Dalam Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi dengan China, Bavaria Capai Hasil Memberangsangkan
- China, Jerman Adakan Dialog 'Komprehensif, Pragmatik, Jujur, dan Konstruktif': Menteri Luar Wang Yi