- Lain-lain
China, Jerman Perkukuh Kerjasama Pelbagai Bidang

Perdana Menteri China, Li Qiang menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Jerman, Friedrich Merz di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Rabu.
Dalam pertemuan tersebut Li berkata, China bersedia untuk mengoptimumkan mekanisme dialog antara kerajaan kedua-dua negara, mengukuhkan penyelarasan strategi pembangunan dan komunikasi dasar, memperbesar dan menaiktaraf perdagangan bilateral serta menggalakkan kerjasama tradisional dalam sektor automotif dan kimia dengan keberkesanan baharu.
Ujarnya China komited mengembangkan kerjasama dalam bidang baharu seperti kecerdasan buatan dan bioperubatan, serta mendorong lebih banyak pertumbuhan ekonomi baru.
Li berkata China juga bersedia mengimport lebih banyak produk berkualiti tinggi dari Jerman dan menyokong syarikat China melabur di Jerman.
Pada masa sama beliau meluahkan harapan terhadap persekitaran perniagaan yang adil, stabil dan boleh diramalkan di Jerman.
"Kedua-dua pihak diharap memperkuat kemampuan inovasi masa depan.
"Sebagai anggota penting Kesatuan Eropah, Jerman juga diharap memainkan peranan aktif dalam usaha memajukan hubungan China-Eropah," kata Li lagi.
Sementara itu Mertz menyatakan Jerman menyanjung tinggi ketulusan dan keterbukaan China, serta berharap dapat meningkatkan pertukaran peringkat tinggi dengan China dan mengekalkan dialog berterusan dalam semua bidang.
Katanya, Jerman komited memajukan hubungan ekonomi dan perdagangan bilateral secara seimbang dan mampan, serta mendorong kerjasama dalam transformasi hijau dan perubahan iklim.
"Jerman juga bersedia memperkuat komunikasi dan koordinasi dengan China, menggalakkan multilateralisme dan perdagangan bebas, serta memainkan peranan aktif dalam memajukan hubungan Eropah-China," kata Merz lagi.
Selesai sesi pertemuan, Li dan Mertz kemudiannya menyaksikan majlis menandatangani dokumen kerjasama dalam bidang transformasi hijau, kastam, sukan dan media.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- PM Jerman Tiba di Beijing
- Perdana Menteri Jerman Dijadual Adakan Lawatan ke China
- China Sekali Lagi Jadi Rakan Dagang Terbesar bagi Jerman
- Mesyuarat Menteri Luar China-Jerman-Perancis Berlangsung di Munich
- Wang Yi Bertemu Menteri Luar Jerman di Beijing
- Menter Luar Jerman akan Lawat China
- China, Jerman Komited Perkukuh Komunikasi Strategik
- Menteri Luar China, Jerman Adakan Perbualan Menerusi Telefon
- Lima Dekad Dalam Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi dengan China, Bavaria Capai Hasil Memberangsangkan
- China, Jerman Adakan Dialog 'Komprehensif, Pragmatik, Jujur, dan Konstruktif': Menteri Luar Wang Yi