- Lain-lain
Pemimpin China, Jerman Setuju Tingkatkan Hubungan Perkongsian dan Kerjasama Sama Menang

Presiden China, Xi Jinping menerima kunjungan Canselor Jerman, Friedrich Merz yang dalam rangka lawatan rasmi ke China, di Beijing pada Rabu.
Xi mengatakan bahawa China dan Jerman ialah entiti ekonomi kedua dan ketiga terbesar di dunia. Oleh itu, hubungan dua hala antara China dan Jerman bukan sahaja berkait rapat dengan kepentingan kedua-dua negara, malah juga memberikan kesan besar kepada Eropah dan dunia.
Situasi antarabangsa kini menghadapi perubahan paling besar sejak Perang Dunia II. Sehubungan itu, kata Xi, mendepani pergolakan dan ketidaktentuan dunia, China dan Jerman patut meningkatkan komunikasi strategik, mengukuhkan kepercayaan strategik, dan mendorong hubungan perkongsian strategik segenap aspek China-Jerman maju ke hadapan.

Beliau berkata, China dan Jerman harus menjadi rakan kongsi yang saling menyokong dan boleh dipercayai, terbuka dan saling menguntungkan, serta saling memahami.
Xi menegaskan bahawa China menyokong Eropah membangun secara bebas, sementara menzahirkan harapan agar negara-negara Eropah dapat berjalan sehaluan dengan China, demi mencapai lebih banyak kemajuan dalam hubungan China-Eropah, sekali gus menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan dunia.
Dalam pertemuan itu, Friedrich Merz pula berkata, Jerman mementingkan hubungan dengan China dan tidak berganjak dalam mengamalkan polisi satu China.
Beliau turut melahirkan kesediaan untuk bersama-sama China dalam mengembangkan persahabatan, saling menghormati, meningkatkan keterbukaan dan kerjasama, agar melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- PM Jerman Tiba di Beijing
- Perdana Menteri Jerman Dijadual Adakan Lawatan ke China
- China Sekali Lagi Jadi Rakan Dagang Terbesar bagi Jerman
- Mesyuarat Menteri Luar China-Jerman-Perancis Berlangsung di Munich
- Wang Yi Bertemu Menteri Luar Jerman di Beijing
- Menter Luar Jerman akan Lawat China
- China, Jerman Komited Perkukuh Komunikasi Strategik
- Menteri Luar China, Jerman Adakan Perbualan Menerusi Telefon
- Lima Dekad Dalam Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi dengan China, Bavaria Capai Hasil Memberangsangkan
- China, Jerman Adakan Dialog 'Komprehensif, Pragmatik, Jujur, dan Konstruktif': Menteri Luar Wang Yi