Potensi Pelaburan Bolehkan Bandar Kecil di Timur China Tarik Lebih 560 Syarikat Jerman
 |
| Pelanggan masuk ke sebuah restoran Jerman di Taicang, provinsi Jiangsu, timur China, 24 Februari 2026. (Xinhua/Ji Chunpeng) |
Taicang, dengan populasi penduduk tetap yang tidak sampai sejuta, merupakan sebuah bandar kecil di tebing selatan muara sungai Yangtze. Dikenali sebagai “kampung halaman syarikat Jerman” di China, Taicang telah menarik kedatangan lebih 560 syarikat modal Jerman sejak firma pertama, Kern-Liebers bertapak di sini pada 1993, dengan jumlah pelaburan melebihi 6 bilion dolar AS serta nilai output industri yang mencatat lebih 67 bilion yuan setahun.
Dikenang kembali, perlunya sehingga 14 tahun untuk 100 syarikat Jerman pertama berkumpul di Taicang, sedangkan hanya dua tahun untuk yang ke-400 hingga 500. Perkembangan pesat akhir-akhir ini adalah hasil bimbingan proaktif secara berterusan oleh kerajaan tempatan dan juga langkah-langkah tepat untuk memperkasakan sektor terbabit.
Bagi menggalakkan syarikat Jerman terus menambah pelaburan dan memperluas pengeluaran, Taicang menganjurkan acara “Hari Taicang” di Jerman di samping menyediakan lorong hijau untuk syarikat-syarikat modal Jerman. Taman perindustrian pendidikan vokasional dwi-sistem China-Jerman pertama negara ini, yang dibina di Taicang, telah melahirkan lebih 10,000 tenaga profesional berkemahiran tinggi.
Selain kolaborasi perindustrian, pertukaran orang ke orang antara China dan Jerman juga kian rancak di Taicang. Gaya hidup ala Jerman dapat dilihat di bandar ini. Karnival bir telah dianjurkan di sini selama dua dekad. Semakin hari semakin ramai warga Jerman yang tinggal di Taicang dapat menikmati suasana kampung halaman mereka di sini.
 |
| Seorang pekerja mengelola talian pengeluaran IKD Fule Precision Technology (Jiangsu) Co., Ltd. di Taicang, provinsi Jiangsu, timur China, 24 Februari 2026. (Xinhua/Ji Chunpeng) |
 |
| Tetamu melagakan gelas pada sebuah karnival bir di Taicang, provinsi Jiangsu, timur China, 26 Ogos 2025. (Xinhua/Wang Xuzhong) |
 |
| Foto bertarikh 22 April 2024 ini menunjukkan reruai Taicang pada pameran Hannover Messe di Hannover, Jerman. (Xinhua/Ren Pengfei) |
 |
| Kakitangan menguruskan penyambungan permit tinggal seorang pekerja Jerman (kiri) di pusat perkhidmatan warga asing Taicang di Taicang, provinsi Jiangsu, timur China, 25 Februari 2026. (Xinhua/Liu Zhenrui) |
 |
| Sebuah tangan robot bekerja di bengkel syarikat pengurusan perusahaan teknologi automatif Brose di Taicang, provinsi Jiangsu, timur China, 25 Februari 2026. (Xinhua/Ji Chunpeng) |
 |
| Seorang pelayan menunjukkan roti ala Jerman di sebuah bakeri Jerman di Taicang, provinsi Jiangsu, timur China, 24 Februari 2026. (Xinhua/Ji Chunpeng) |
 |
| Foto dron bertarikh 25 Februari 2026 ini menunjukkan pangkalan operasi Kern-Liebers di Taicang, provinsi Jiangsu, timur China. (Xinhua/Ji Chunpeng) |
 |
| Foto dron bertarikh 25 Februari 2026 ini menunjukkan kluster syarikat Jerman di Taicang, provinsi Jiangsu, timur China. (Xinhua/Ji Chunpeng) |