- Lain-lain
Tokoh Jepun Suarakan Kebimbangan Terhadap Hala Tuju dan Dasar Politik Sanae Takaichi
Beberapa tokoh masyarakat Jepun dalam satu forum yang diadakan di Tokyo pada Khamis, menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kenyataan Perdana Menteri Sanae Takaichi serta langkah memperluas keupayaan pertahanan Jepun.
Mereka berpendapat bahawa hala tuju politik Jepun ketika ini menunjukkan kecenderungan ke kanan dan boleh membawa risiko kepada kestabilan negara serta serantau, sekaligus memerlukan perhatian dan kewaspadaan masyarakat.
Profesor Emeritus dari Universiti Aoyama Gakuin Jepun, Kumiko Hanba dalam ucapannya pada forum tersebut, menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kecenderungan haluan kanan yang semakin ketara dalam arena politik dan sosial Jepun, serta menyeru pelbagai pihak agar berwaspada.
Sementara itu Ahli Dewan Penasihat Jepun yang juga Ketua Parti Demokratik Sosial, Mizuho Fukushima menyatakan rasa terkejut dan bimbang terhadap cadangan Takaichi untuk melonggarkan lima kategori sekatan eksport senjata serta pindaan kepada dokumen strategi keselamatan negara.
Dalam pada itu, ada seorang peguam Jepun memberitahu wartawan bahawa langkah yang diambil Takaichi amat bahaya, dan tidak memberi sebarang keuntungan kepada Jepun.
Jepun perlu merenung dengan serius perang pencerobohan yang pernah dilancarkannya, dan juga mesti menghargai hubungan yang telah dibina dengan China setakat kini.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- China Senarai Hitam 20 Entiti Jepun Di Bawah Kawalan Eksport
- Rakyat Jepun Bantah Tindakan Kerajaan Tempatkan Peluru Berpandu Jarak Jauh di Kumamoto
- Jepun Digesa Laksana Janji dan Kewajipan Antarabangsa
- Gabungan Parti Pemerintah Jepun Menang Besar dalam Pilihan Raya
- China Gesa Jepun Betulkan Kenyataan Salah Mengenai Taiwan
- PM Jepun Bubar Dewan Perwakilan
- PM Jepun Umum Bubar Dewan Perwakilan Jumaat Ini
- Tiga Soalan untuk Jepun: Membuka Topeng “Negara Pasifis”
- China Pertahan Kawalan Eksport Item Dwi-guna, Tolak Tuduhan Jepun
- Kumpulan Wanita Filipina Tuntut Kerajaan Jepun Aku Salah