Rakyat Jepun Bantah Tindakan Kerajaan Tempatkan Peluru Berpandu Jarak Jauh di Kumamoto

(CRI)Selasa 24 Februari 2026

Ribuan rakyat Jepun mengadakan protes di hadapan Kem Pasukan Pertahanan Darat Jepun di Wilayah Kumamoto pada Isnin, bagi menentang rancangan kerajaan untuk menempatkan peluru berpandu jarak jauh di pangkalan tersebut.

Ramai penunjuk mengangkat sepanduk bertulis "Bantah Peluru Berpandu" dan "Jangan Jadikan Kumamoto Medan Perang", sambil melaungkan slogan bahawa penggunaan senjata tidak akan membawa keamanan, sekaligus mendesak kerajaan menghentikan rancangan penempatan dan memberi penjelasan yang mencukupi kepada penduduk tempatan.

Wakil penganjur protes, Masahiko Yamashita berkata bahawa di bawah kerangka Perkara 9 Perlembagaan Jepun, kerajaan tidak dibenarkan membuat rancangan sedemikian.

Untuk rekod, Kementerian Pertahanan Jepun merancang untuk menempatkan peluru berpandu anti-kapal sebelum akhir Mac.

Rancangan itu telah mencetuskan perdebatan dan kritikan dalam negara.

Video

Berita Berkaitan