- Lain-lain
Jepun Digesa Laksana Janji dan Kewajipan Antarabangsa

Jepun perlu mematuhi Perlembagaan Damai dan empat dokumen politik yang dimeterai dengan China serta melaksanakan janji dan kewajipan antarabangsa, tanpa mengira siapa yang menjadi pemimpin atau parti mana yang mentadbir.
Gesaan itu dibuat jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media pada Isnin ketika menjawab soalan mengenai pilihan raya Dewan Perwakilan Jepun.
Dilaporkan, gabungan parti pemerintah Jepun yang terdiri daripada Parti Demokratik Liberal (LDP) dan Parti Inovasi Jepun (JIP) memperoleh lebih separuh kerusi dalam pilihan raya umum yang berlangsung pada Ahad.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Sanae Takaichi kekal sebagai Perdana Menteri Jepun.
Justeru itu, Lin menggesa agar pemerintah Jepun memberi perhatian serius terhadap kebimbangan masyarakat antarabangsa, serta melaksanakan pembangunan damai dan tidak kembali kepada militarisme.
Tegas beliau, China mengekalkan dasar yang stabil dan konsisten terhadap Jepun.
China sekali lagi mendesak Jepun untuk menarik balik kenyataan salah Sanae Takaichi berhubung Taiwan, serta membuktikan keikhlasan dalam mengekalkan asas politik hubungan dua hala melalui tindakan praktikal.
- Gabungan Parti Pemerintah Jepun Menang Besar dalam Pilihan Raya
- Dakwaan "Jepun Perlu Milik Senjata Nuklear" dalam Perhatian Besar China
- PLA Mulakan Latihan 'Misi Keadilan 2025' di Sekitar Taiwan
- Latihan PLA, Tindakan Perlu untuk Pertahankan Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah - MFA
- PLA Lakukan Latihan Tembakan Peluru Hidup di Perairan Utara Taiwan
- Bayaran untuk Kos "Perlindungan"
- Latihan 'Misi Keadilan 2025' Sah, Wajar
- Suara Senada Patuhi Prinsip Satu China
- China Gesa Jepun Hentikan Semua Cubaan Berkaitan Taiwan
- Forum Kumpulan Pemikir PKC-KMT Bincang Masa Depan Pertukaran dan Kerjasama Kedua-dua Pantai Selat Taiwan
- China Gesa Jepun Betulkan Kenyataan Salah Mengenai Taiwan
- Mangsa Bom Atom Nagasaki Bantah Kenyataan Sokong Senjata Nuklear Jepun
- Peruntukan Pertahanan Jepun Cecah Rekod Tertinggi
- Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Kerajaan Percepat Pengembangan Ketenteraan
- Kumpulan Wanita Filipina Tuntut Kerajaan Jepun Aku Salah
- China Pertahan Kawalan Eksport Item Dwi-guna, Tolak Tuduhan Jepun
- Tiga Soalan untuk Jepun: Membuka Topeng “Negara Pasifis”
- PM Jepun Umum Bubar Dewan Perwakilan Jumaat Ini
- PM Jepun Bubar Dewan Perwakilan




