Hampir 90% Syarikat Puas Hati terhadap Persekitaran Perniagaan China

(CRI)Sabtu 28 Februari 2026

Majlis China bagi Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT) telah mengeluarkan 'Laporan Kajian Persekitaran Perniagaan China 2025' dalam satu sidang media pada hari ini bersamaan hari Sabtu.

Laporan itu menunjukkan bahawa persekitaran perniagaan di China mendapat penilaian yang ditandakan markah 4.39 (markah penuh ialah 5) dari kalangan responden, sekali gus menyaksikan peningkatan prestasi untuk dua tahun berturut-turut, yang bermaksud terdapat hampir 90 peratus syarikat responden memberi penilaian "berpuas hati" terhadap layanan yang dinikmati mereka di China.

Antara 12 indikator utama, penilaian terhadap perkhidmatan kastam, layanan yang tersedia untuk penubuhan dan penamatan perniagaan, serta penguatkuasaan undang-undang dari segi sosial merupakan tiga indikator yang mendapat penilaian terbaik.

Jurucakap CCPIT Wang Wenshuai memaklumkan bahawa pada 2025, hampir 70 peratus syarikat yang diwawancara menyatakan pihaknya memperoleh keuntungan yang kekal pada paras tahun 2024 atau naik sedikit sebanyak, dan lebih 70 peratus syarikat perdagangan luar mendapat pesanan yang kekal pada paras tahun 2024 atau meningkat sedikit sebanyak.

Video

Berita Berkaitan